Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!
Showing posts with label SUDUT RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label SUDUT RENUNGAN. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

DARJAT SEORANG ISTERI...




1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Thursday, July 21, 2011

TIADA SESIAPA TERMASUK ISRAFIL TAHU BILA KIAMAT

Umat Islam dinasihat tak terpengaruh ramalan kehancuran bumi dilanggar planet Nibiru.
PLANET Nibiru diramalkan akan melanggar bumi pada 2012. Insiden ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada bumi. Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan hari kiamat atau sekurang-kurangnya tanda-tanda hari kiamat.
Idea perlanggaran planet Nibiru dikemukakan sejak 1535 oleh seorang ahli falsafah Perancis, Notramadus. Idea asalnya peristiwa ini akan berlaku pada 2003, namun tertunda hingga ke 2012. Kiraan ini dibuat berdasarkan kiraan kalendar kaum Mayan dari Amerika Tengah. Tarikh kalendar ini berakhir pada 21 Disember 2012, oleh yang itu perlanggaran ini akan berlaku sebelum tarikh akhir kalendar ini.
Ini maklumat popular yang dinukil sebahagian besar media, baik akhbar bercetak mahupun internet. Bahkan lebih daripada itu, sejak 15 tahun yang lalu banyak tulisan dan buku diterbitkan membincangkan peristiwa 2012 ini. Termasuk dalam negara kita, buku bertema subjek ini mendapat sambutan hangat dan berjaya menduduki carta buku paling laris di rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama.
Peristiwa planet Nibiru ini tidak sedikit menimbulkan polemik dan keresahan dalam kalangan umat manusia, termasuk rakyat Malaysia. Sehinggakan hal ini terpaksa dijelaskan pada persidangan Dewan Negara. Dilaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili ketika berucap memberitahu dakwaan planet Nibiru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012 adalah tidak benar. Bahkan kewujudan Nibiru pun masih diragui.
Bahkan Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Tuan Mohd Fairos Asilan menjelaskan jika benar Nibiru akan melanggar bumi pada 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”
Ramalan mengenai Nibiru termasuk perkara akan datang yang termasuk dalam hal yang ghaib. Tentu saja Allah yang lebih mengetahui semuanya. Belum ada siapa yang boleh menentukan secara tepat esok hujan atau tidak, sekalipun keadaan awan sangat mendung. Banyak kali juga terjadi awan mendung, tidak hujan. Begitu juga sebaliknya. Inikah pula menentukan sesuatu yang besar seperti perlanggaran planet atau hari kiamat. Untuk urusan dunia seperti ini, seharusnya dikembalikan kepada pakar dalam bidangnya seperti ahli astronomi.
Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah mengaitkan sesuatu peristiwa sebagai hari kiamat atau tanda kiamat. Perkara ghaib dan hari kiamat (termasuk tanda-tandanya) ialah sebahagian daripada Rukun Iman. Salah faham mengenai perkara ini memberi natijah yang besar kepada diri seorang Muslim, kerana ia menentukan hujung-hujungnya di syurga atau kekal di neraka.
Justeru, bilakah kiamat? Soalan ini ditanya oleh seorang lelaki Arab Badwi kepada Nabi seperti yang dilaporkan oleh sahabat, Abu Hurairah.
“Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata: “Manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata: “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab: “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan: “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?” Nabi menjawab: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” – (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)
Hadis ini dan juga banyak hadis menjelaskan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku secara tepat. Bahkan malaikat yang bertugas meniup sangkakala (trumpet) ketika hari kiamat juga tidak mengetahui bilakah hari kiamat. Nabi menjelaskan dalam satu hadis malaikat Israfil tertunggu-tunggu arahan daripada Allah untuk meniup sangkakala.
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trumpet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” – (Hadis Tirmizi)
Jelas berdasarkan bukti daripada al-Quran dan Sunnah, tiada siapa mengetahui bila terjadinya kiamat melainkan Tuhan yang mencipta alam ini, Allah.
Namun Islam tidak meninggalkan umatnya terkontang-kanting tanpa panduan untuk menghadapi hari kiamat. Nabi banyak sekali menceritakan kepada sahabatnya mengenai tanda akan berlaku hari kiamat. Antara kepentingan dan hikmah mengetahui tanda kiamat ini ialah supaya umat Islam bersedia dengan ilmu dan amal yang cukup dan berusaha untuk tidak membabitkan diri dalam tanda-tanda itu.
Salah satu daripadanya seperti yang dijelaskan dalam hadis sebelum ini, Nabi mengatakan: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. Antara urusan umat akhir zaman yang diserahkan kepada bukan ahlinya ialah urusan pemimpin (umara) dan ulama. Begitu ramai manusia yang bercita-cita dan mencalonkan dirinya menjadi pemimpin. Hari ini hampir semua profesyen mengidamkan jawatan pemimpin baik penjawat awam, peniaga, posmen, suri rumah, remaja sehinggalah orang yang belajar agama. Pendek kata, tidak ada orang yang mengidamkan jawatan pemimpin melainkan sedikit saja.
Begitu juga halnya dengan gelar ulama atau ahli ilmu. Nabi pernah berkata: “Ada tiga hal yang termasuk tanda-tanda kiamat, salah satunya ilmu diambil daripada orang kecil (bodoh).” – (Kitab Zuhd, Abdullah Al-Mubarak)
Sahabat Abdullah bin Mas’ud menjelaskan: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka mengambil ilmu daripada kalangan sahabat Muhammad dan tokoh (ulama) mereka. Jika mereka mengambil ilmu daripada orang kecil (ahli bidaah) dan hawa nafsu mereka bercerai-berai, maka mereka akan binasa.”

Wednesday, July 13, 2011

PERTANYAAN ORANG ARAB KEPADA RASULULLAH SAW

HADIS MUTHAHHARAH.

Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid Radiallaahu’anhu telah berkata: Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia telah menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda SAW telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang dikehendaki:


PERTANYAAN ORANG ARAB TERSEBUT:                                       
1.Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim?

RASULULLAH BERSABDA:
 Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang alim.

2.Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi  orang yang paling kaya?
Jadilah orang yang yakin pada diri, maka engkau akan jadi orang yang paling kaya.

3.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang adil? 
Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

4.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik?   
Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

5.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?   
Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah.

6.Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku?   
Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.

7.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan orang muhsinin(baik)?   
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin.

8.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam dalam golongan yang taat?   
Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

9.Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa?   
Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

10.Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat di bawah cahaya?   
Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada hari kiamat di bawah cahaya.

11.Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat?   
Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada hari kiamat.

12.Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?   
Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

13.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?   
Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

14.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?   
Sentiasa menyerah diri (tawakal)kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.

15.Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?   
Sentiasa berada dalam berkeadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

16.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.   
Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.

17.Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat?   
Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya.

18.Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku?   
Jauilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya.

19.Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada hari Kiamat?   
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.

20.Siapakah yang terselamat daripada dosa?   
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

21.Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?   
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian(bala).

22.Apakah sebesar-besar kejahatan disisi Allah?   
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

23.Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?   
Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

24.Apakah yang memadamkan api neraka pada hari kiamat?   
Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Sunday, July 10, 2011

RASULULLAH DAN WABAK




Di dalam kesibukan kita membicarakan mengenai penyakit Influenza A (H1N1) yang menjadi Epidemik sejak setahun dua ini tergerak di hati saya untuk menulis mengenai kekasih agung kita Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan pakar dalam bidang ilmu mikrobiologi, yakni ilmu mengenai microorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti virus, bakteria, fungus, Protozoa dan sebagainya.
Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah 'kuaratin' yang sebenarnya telah lama diamalkan oleh Rasulluah S.A.W. dalam mencegah penularan wabak penyakit berjangkit seperti H1N1 ini.
Hal ini seperti yang disabdakan oleh Rasullulah S.A.W. yang bermaksud :  "Jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sebuah tempat, janganlah kamu memasuki kawasan itu. Namun jika wabak tersebut merebak di tempat kamu , janganlah kamu meninggalkan kawasan tersebut. " ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) .
Inilah sistem kuaratin yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Sistem ini menegaskan bahawa semua penduduk di kawasan yang terkena wabak dilarang meninggalkan kawasan itu dan mereka dari luar juga dilarang daripada memasuki kawasan wabak tersebut. Hal ini terbukti setelah berlaku penemuan mikroorganisma dan manusia mula mengkaji bagaimana organisma-organisma itu merebak . Nabi Muhammad S.A.W. juga telah memberikan jaminan mati syahid kepada mereka yang tidak meninggalkan kawasan yang mereka duduki dan kecelakaan buat mereka yang lari dari kawasan wabak penyakit tersebut .
Sabda baginda S.A.W. yang bermaksud :
"Sesiapa yang lari dari kawasan wabak, mereka umpama lari dari medan jihad dijalan Allah S.W.T. dan sesiapa yang bersabar dan menetap didalamnya maka dia akan dianugerahkan mati syahid " ( Riwayat Ahmad) .
Subhanallah sungguh hebat dan takjubnya bagaimanakah Rasullulah S..A.W. mendapat kaedah ini. Tidak lain tidak bukan tentulah dari Yang Maha Agung. Dalam tak  sedar juga Islam sebenarnya telah mengajar penganut untuk membersihkan diri dari segala kekotoran misalnya kita Disuruh untuk berwuduk sebelum solat dan dilakukan sebanyak lima kali sehari dan ini membuktikan islam amat menitikberatkan kebersihan yang jika tidak dijaga akan menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit oleh organisma-organisma ini.
Disamping itu, Islam juga mengajar adab-adab bersin misalnya mengucapkan 'Alhamdullilah' ketika bersin dan yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah' bagi orang yang bersin. Dalam tak sedar kita sudah mendoakan untuk kebaikan antara satu sama lain dan seterusnya jika garis panduan seperti adab ketika bersin dipatuhi sudah semestinya akan mengelakkan penularan wabak penyakit .
Akhir sekali, Rasullulah juga amat menitikberatkan mengenai kebersihan di persekitaran rumah.
Sabda baginda S.A.W. :
"...bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi." (Riwayat At Tirmizi)."
Alangkah indahnya sekiranya kita dapat mengikuti kaedah yang ditetapkan oleh islam dalam mengelakkan diri dari tersebarnya wabak penyakit. Jelaslah juga bahawa islam sebenarnya telah mendahului zaman dalam kajian mengenai ilmu yang melibatkan mikroorganisma. Segalanya datang dari wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada kekasih kita Muhammad S.A.W.

Friday, June 17, 2011

75 DOSA BESAR


Dosa besar jumlahnya Berbeza-beza menurut pendapat para ulama. Ada yang menyatakan 4 dan 7 menurut Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Ada pula yang membagi 2, iaitu yang dihukum di dunia dan diancam azab di akhirat.

Berikut ini adalah dosa-dosa besar menurut kitab Al Kabair karya Syamsudin Adz Dzahabi yang semuanya berjumlah 75 dosa besar. Dosa-dosa besar yang dimaksud adalah :

1. Menyekutukan Allah (Syirik)
2. Membunuh orang dengan sengaja
3. Sihir
4. Meninggalkan sholat Fardlu
5. Enggan membayar zakat
6. Tidak puasa Ramadhan tanpa alasan
7. Enggan menunaikan haji
8. Durhaka kepada kedua orang tua
9. Menjauhi kerabat ( Memutus hubungan silaturahmi )
10. Zina
11. Homoseksual
12. Riba
13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
14. Dusta
15. Melarikan diri dari peperangan
16. Pemimpin yang menipu rakyat
17. Berlaku sombong
18. Kesaksian palsu
19. Minum minuman keras
20. Judi
21. Menuduh zinah kepada perempuan baik
22. Khianat dalam harta rampasan perang
23. Mencuri
24. Merampok
25. Sumpah palsu
26. Berbuat zolim
27. Membantu berbuat zolim
28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram
29. Bunuh diri
30. Suka berbuat dusta
31. Hakim yang durhaka
32. Menyuap dalam masalah hukum
33. Perempuan menyerupai laki-laki dan sebaliknya
34. Mengasuh keluarga dalam dosa
35. Kawin dengan dasar cinta buta
36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan
37. Riya ( Pamer)
38. Menyembunyikan ilmu
39. Khianat
40. Mengungkit-ungkit pemberian
41. Mengingkari takdir
42. Menyelidiki rahasia orang (Tajassus)
43. Mengadu domba ( Namimah)
44. Mengutuk orang muslim
45. Mengingkari janji
46. Percaya kepada dukun dan tukang ramal
47. Nusyuz seorang perempuan terhadap suami
48. Menggambar patung dan makhluk hidup lainnya
49. Meratapi orang mati ( Niyahah)
50. Berperangai jelek
51. Zalim terhadap orang yang lemah
52. Menyakiti hati tetanga
53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam
54. Durhaka terhadap hamba Allah
55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan
56. Menyembelih binatang untuk sesajen
57. Hamba sahaya melarikan diri dari tuannya
58. Memalsukan keturunan
59. Menentang kebenaran
60. Enggan memberikan kelebihan air
61. Mengurangi Timbangan dan Takaran
62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah
63. Meninggalkan jamaah sholat Jum’at
64. Curang dalam berwasiat
65. Tipu daya
66. Mencaci orang Islam dan membeberkan rahasianya
67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak
68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW
69. Buang air besar ditempat berteduh
70. Kencing di tempat air untuk mandi
71. Nifak : sifat yang berbeda antara lahir dan bathin
72. Lupa kepada Allah
73. Kikir
74. Memakan 4 makanan yang diharamkan: bangkai, Daging babi, darah dan daging binatang yang disembelih        selain nama Allah
75. Kufur kepada Allah 

Setelah kita mengetahui 75 macam dosa besar tersebut dan kita mungkin termasuk diantaranya, ada baiknya kita segera bertaubat untuk menghindari murka dan azab Allah SWT karana Allah berjanji akan segera menghapuskan dosa-dosa kita bila kita segera menyedari kesalahan dan bertaubat serta berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. ( oleh : luvislam92.blogspot.com)

Monday, June 6, 2011

KISAH SEDIH ISTERI PENAGIH



Inilah kisah yang akan saya bawa untuk dikongsi bersama pembaca minggu ini. Kisah pengorbanan dan luahan hati seorang isteri penagih yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak-anak tanpa suami yang sering keluar masuk penjara dan pusat pemulihan kerana menagih.

Wednesday, June 1, 2011

TEMAN SETIA


"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

Sunday, May 29, 2011

SAINS & ALQURAN (FAKTA SAINTIS VS AL-QURAN)





Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zaman ais/batu

Tuesday, May 24, 2011

KISAH SEDIH ANAK YANG SOLEHAH



Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter
pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut
tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada
tahun ini.


BERKAT BACA BISMILLAH







Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Friday, May 20, 2011

BALASAN GADIS BIADAP




pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Thursday, May 19, 2011

MENINGGAL DUNIA KETIKA KHUTBAH

rezeki.jpg
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Sunday, May 15, 2011

RUPA SYURGA

A




Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali. 
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga. 


Saturday, May 14, 2011

BERTUDUNG SELEPAS MIMPI NGERI







Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa mahu dicabut keluar. Saya terjaga daripada tidur tetapi masih terasa sakit dan sesak nafas. Saya panik. Ya Tuhan! Mungkinkah saya akan menghembuskan nafas yang terakhir pada malam ini juga?

Thursday, May 12, 2011

KESALAHAN WANITA....



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
 
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
 
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
 
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
 
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
 
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
 
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
 
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
 
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
 
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- يرحم الله المتسرولات.. Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245)..

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
 
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya.. kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit. (al-Ahzab: 32)

Monday, May 9, 2011

JANJI & SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA...





Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

SAINS & ALQURAN



Dalam sejarah Islam, perbezaan pendapat amat diraikan. Dengan perbezaan pendapat tersebut maka muncul ide-ide baru yang mampu membangunkan umat. Kemunculan mazhab-mazhab fekah Islam merupakan menefestasi ruang perbezaan pendapat dalam Islam.
.

Sunday, May 8, 2011

BERDOA DGN AL ASMA UL HUSNA...



1. Yaa Allaahu anta robbunaa laa ilaaha illaa anta
Ya Allah, Engkau Tuhan kami, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau

SYAITAN DAN HIDUNG...


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.” (riwayat Muslim)

Friday, May 6, 2011

KEDUDUKAN MEKAH YG UNIK



Mekah adalah kiblat bagi semua umat Islam. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Mekah merupakan pusat bagi bumi ini. Mengapa? Satu dari cara menunjukkan bahawa Mekan adalah berada dalam kedudukan strategik ialah dengan melihat peta dunia. Sekiranya kita menuliskan "world map" ke dalam engin pencarian Google, dan minta "gambar" , peta dunia yang lazimnya akan muncul dalam paparan google adalah peta dunia seperti ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...