Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!
Showing posts with label LAWAK. Show all posts
Showing posts with label LAWAK. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

PENGALAMAN PERTAMA....



Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda.

Wednesday, April 13, 2011

GURU KAUNSELOR





Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!" 

Sunday, April 10, 2011

LAWAK ISTERI MINTA CERAI....



Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) :sedihnya:..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili.alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Thursday, April 7, 2011

KISAH LAWAK SETIN AIR...



sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka
bertengkar untuk tentukan
hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka
pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta
 nasihat. kadi tanye kat pompuan tu....

"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak
tu? pompuan tu jawab...
"saya yang mengandungkan anak tu. saya yang
melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."
si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua
ni....
kadi pun tanye si jantan..."hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu
kamu
yang patut bela"

 "tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit,
dan saya 'masukkan'
dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang
pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya
nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak
mesin?"

 jawab kadi.."hak kamu le.."
 jantan tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun. Kan
 tuan...kan...kan "

 P/S :
 1.      Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
 2.      Jgn samakan anak anda macam air tin

Tuesday, April 5, 2011

LAWAK SUAMI DAN ISTERI...



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. 
Antara alasan yang diberikannya:

Saturday, April 2, 2011

LAWAK HARI JUMAAT...





kalau anda fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu... 
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....
kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
  
  

Tuesday, March 22, 2011

LAWAK PEDANG..


Satu cerita aku pada form 1, di sebuah sekolah menengah untuk mereka-mereka yang keputusan UPSR tak bagus, (dan aku salah seorang darinya..oh..) di sebuah kelas conner lot.

Kelihatan seorang guru sedang membaca buku teks dengan suara yg lantang di hadapan murid-murid yang khusuk mendengar. Guru itu membaca sepatah-sepatah perkataan dan bagaikan mendayu2 suaranya. Aku yg mengambil posisi di belakang sekali mengalami kebosanan. Aku juga diancam mengantuk ditahap maksima dan untuk mengelakkan aku jatuh tidur, aku me'lombong'..

Thursday, March 17, 2011

LAWAK PENSYARAH...



Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.. 

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. 

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata.... 

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..PAHAM!!! !! 

Saturday, March 12, 2011

LAWAK MODIFIED..





Banyak perkara dalam hidup kita berkaitan dengan lawak jenaka, namun ada juga lawak jenaka yang mungkin ada bunyi yang agak biadab/lucah bila di ubah ejaannya:-

Wednesday, March 2, 2011

LAWAK BIBIK DAN TELEFON..

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!




Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Monday, February 28, 2011

LAWAK BUDAK PUNK..





Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga. 

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Sunday, February 27, 2011

LAWAK PEGUAM KE MARIKH..





MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh

Saturday, February 26, 2011

LAWAK KAHWIN..





Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

LAWAK UMUR TINGGAL 6 MINGGU..





Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah.

Friday, February 25, 2011

LAWAK HADIAH KAHWIN..





Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Thursday, February 24, 2011

LAWAK NENEK TUA..



pada suatu hari seorang nenek yang kelihatan seperti nyawa2 ikan  memanggil cucunya yang bekerja di kuala lumpur untuk pulang ke kampung.

nenek : cucu..

cucu : ya.. nenek

nenek : sebelum nenek meninggal dunia nenek ada perkara nak beritahu..

cucu : apa dia nenek?

nenek : nenek . akan mati bila2 masa nenek ingin mewaksiatkan semua ternakan, ladang, banglo termasuk wang tunai sebanyak $ 22,389,630.00

cucu : wow! terima kasih nenek, saya tak tahu pun nenek ada harta sebanyak itu.. dimana harta itu nenek??

nenek : di facebook ( sambil tersengeh gembira lalu meninggal )

Monday, February 21, 2011

LAWAK INSAF..



Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

LAWAK LEMBU..

ada kisah seorang ank yang dibeni peluang utk belakar di amerika utk mendappatkan defree. tp selepas 15thn tak pernah lulus akhirnya bapak dia tak sanggup lagi tanggung beban wang utk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke malaysia. sepanjang perjalanan dari airport kerumah, bapaknya diam aja, marah la 2.si anak dah rasa tak best, so dia pun carilah idea untuk berbual & yng dia kat amerika ada gain somethingla dengan perkembangan teknologi. so dia cakapdgn bapak dia:
anak : bapak tau tak, kat amerika skrg teknologi dah maju giler. skrg nak buat sosej tak payah sembelih lembu, buang kulit masuk je dlm mesin lembu 2, dah jadi sosej....
bapak : itu teknologi dah lapok. kat malaysia lg advance. aku 32 thn dulu masuk sosej aje dah kuar lembu sekor...  menyusahkan plak 2...

Sunday, February 20, 2011

3 BUDAK HITAM...



Pada zaman dahulu kala di era wujudnya lagenda burung garuda dan naga, terdapat tiga orang budak hitam yang bersahabat rapat antara satu sama lain. Tiga budak hitam itu bernama Buntal, Montel dan Debab. Mereka bertiga sering bersama-sama untuk pergi ke mana-mana.
Pada suatu hari ketika mereka bertiga bersiar-siar di tepi pantai Tanjung Pulasan sambil menghirup udara segar, tiba-tiba Buntal, Montel dan Debab ternampak seorang nenek tua bongkok tiga terjelepok jatuh ketika cuba turun dari sampan. Berlari-larilah mereka bertiga mendapatkan nenek tua tersebut dengan niat untuk memberi bantuan.
Buntal, Montel dan Debab memapah nenek tua tersebut ke bawah pohon Kelapa Laut Afrika dan mengangkat barang-barang kepunyaan nenek tua itu dari sampan tersebut. Berkatalah nenek tua itu, "Terima kasih cucu bertiga, budi baik cucu-cucu sekalian takkan nenek lupakan."
Si Buntal bertanya, "Nenek ni siapa? Apa hajat nenek ke negeri ini?"
Maka jawab nenek tua itu, "Panggil saja nenek ni Wan Limah, nenek ni pengembara."
"Oh... pengembara. Jadi Wan Limah mesti banyak ilmu di dada," kata Si Montel.
"Sikit-sikit tu adalah...sebagai balasan nenek akan kabulkan tiga permintaan kamu bertiga sekadar kemampuan nenek," kata Wan Limah dengan penuh yakin.
"Ini sudah bagus!!!" Jawab Si Debab dengan kegembiraan.
"Oleh kerana aku yang paling tua, jadi aku berhak membuat permintaan pertama," kata Si Buntal. Si Montel dan Si Debab mengangguk tanda setuju.
"Wan Limah... saya teringin nak jadi putih macam orang-orang di negeri atas angin," kata Si Buntal.
"Nak jadi putih melepak? Nah...ambil ubat sapu ni," jawab Wan Limah sambil menghulurkan ubat sapu tersebut. Si Buntal terus menyapu ubat tersebut ke mukanya dan tiba-tiba seluruh kulitnya bertukar menjadi putih.
Apabila melihat kejadian itu dengan cepat Si Montel berkata, "Wan Limah... saya nak jadi lebih putih daripada Si Buntal tu!"
"Nak jadi lagi putih? Nah cuba ubat sapu ni," kata Wan Limah. Si Montel pun menyapu ubat tersebut ke mukanya dan seperti yang diminta Si Montel menjadi lebih putih berbanding Si Buntal.
"Wan Limah... saya nak jadi lebih putih daripada Si Buntal dan Si Montel," minta Si Debab kepada Wan Limah.
"Minta maaf cu...nenek tak ada ubat sapu tu...dah habis stok," jawab Wan Limah.
"Kalau begitu berikan saya ubat sapu yang boleh menghitamkan kulit," Si Debab meminta lagi.
"Aik? Nak buat apa? Kan cucu dah hitam? Takpalah. Nah! Ambil ubat sapu penghitam kulit ni," kata Wan Limah.
Dengan sepantas kilat Si Debab menyapu ubat sapu penghitam kulit tersebut ke muka Si Buntal dan Si Montel. Maka jadilah Si Buntal dan Si Montel hitam seperti sediakala.
Tiba-tiba dengan sekelip mata Wan Limah pun menghilangkan diri.
- Tamat -

Saturday, February 19, 2011

LAWAK PERPISAHAN GURU..



Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula." 

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...