Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Tuesday, March 11, 2014

Romantik itu sunnah nabi..



Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati… mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’ …No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi… jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin… kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata ”Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Monday, January 6, 2014

sunnah berbekam




APAKAH ITU BEKAM?


Bekam merupakan istilah Melayu yang bermaksud “Pelepasan Darah”. Disebut “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Manakala dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.


MENGAPA HARUS BERBEKAM
Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia.


Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.


Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.



BEKAM, CARA PERUBATAN TERBAIK
Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.
Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine).


AMALKAN BEKAM SUNNAH, SELAMAT DAN BERKAT. INSYA ALLAH!
Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar pelbagai teknik pengubatan atau terapi.
Sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda:
“Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api (al-kayy). Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.”
Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (HR ahmad, Al-Ahkam dan Samurah ra.)


Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan yang berkaitan. Racun sangat kuat dan cepat mengalir ke seluruh tubuh badan melalui darah menyebabkan badan berpeluh, jadi racun menjalar terus ke aliran jantung, dan selalunya kita tidak dapat berbuat apa-apa. Rasulullah SAW memilih berbekam pada tengkuknya kerana tempat tersebut adalah yang paling dekat dengan jantung, walaupun racun tersebut tidak dapat keluar sepenuhnya namun ia dapat meringankan penderitaan yang yang terkena racun tadi.


"Bahawasanya Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang."
Titik-titik bekam yang disukai Rasulullah SAW ialah selain di atas kepala, di kedua urat leher Rasulullah SAW. Ia dapat mencegah sakit kepala, sakit di bahagian wajah, sakit di gigi, sakit telinga, sakit hidung dan sakit bahagian tekak.


Di bahagian tengkuk pula dapat mengurangkan tekanan darah pada tengkuk, rabun dan benjolan di mata, berat pada alis dan kelopak mata, penyakit mata dan seumpamanya.
Bahagian bahu pula bagi dapat menghilangkan rasa sakit atau stress/tekanan pada bahagian bahu.
Di bahagian pinggang pula bagi menghilangkan sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh.



LARANGAN BERBEKAM
1.Wanita hamil.
2.Wanita yang datang haid.
3.Orang tua yang terlalu uzur.
4.Pesakit kulit yang serius.
5.Pesakit darah rendah yang serius.
6.Pesakit diabetis, kanser darah, Hepatitis A & B yang kronik.

Monday, January 2, 2012

UJIAN PERSONALITI

Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.







Jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)
1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

Saturday, December 31, 2011

TIPS PERLU DIELAKKAN KETIKA MENGECAT RUMAH


Menurut penulis laman web About.com Guide, Coral Nafie, ada 20 perkara yang sama sekali patut dielakkan ketika menghias rumah. Antaranya:

  • Buat pilihan sendiri 
    Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

  • Elak mengecat dulu
    Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

  • Jangan pilih cat dari kertas contoh
    Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

  • Jangan pilih warna dalam kedai
    Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.

  • Jangan abaikan psikologi warna
    Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

  • Elak dekorasi paksa
    Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

  • Jangan abaikan titik fokal ruang. Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

  • Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

  • Elak bina sekatan
    Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

  • Jangan beli kerana murah
    Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.

  • Jangan melabur kerana aliran gaya Ini kerana kelengkapan direka mengikut gaya semasa lazimnya tidak kekal lama. Cari kelengkapan lebih berharga sepadan wang dibelanjakan.

  • Utamakan penampilan ruang dengan menyingkir semua kelengkapan usang dan hodoh dipandang. Memang keindahan itu hak mata yang memandang tetapi elakkan cuba menyukai sesuatu yang sememangnya anda tidak suka. Sebaiknya dibuangkan saja supaya kediaman tambah indah dan kemas.

  • Jangan lupa perincian
    Belajar memahami perincian yang boleh tampilkan keunikan gaya hiasan dalaman. Misalnya, lampu meja, kusyen hiasan berbeza fabrik dan rona, lilin beraroma serta jambangan bunga. Yang pasti, keseluruhan gaya kediaman mampu membuat anda dan tetamu teruja.

  • Friday, December 30, 2011

    KELEBIHAN BERJEMAAH

    SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
    Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
    Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
    Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
    Solat berjemaah mempunyai kebaikan dari kajian saintifik.
    Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.
    Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
    Cas-cas positif dan negatif dalam badan akan diseimbangkan ketika solat berjemaah
    Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.  Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
    Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.
    Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
    Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
    Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya. Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.
    Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Selepas kajian lanjut dilakukan, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
    Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail). Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
    Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

    Tuesday, November 22, 2011

    KENAPA INDONESIA TEWAS DGN MALAYSIA


    saya tertarik menulis cerita ini setelah membaca 1 blog yang ditulis oleh peminat bola sepak dari indonesia di blognya..Bru2 nie kita semua telah meraih kemengan yang cukup membanggakan bg peminat bola sepak tanah air.. pasti tertanya2 kan kenapa pasukan indonesia masih belum mampu mengalahkan pasukan kita walaupun mereka mempunyai skill yang lebih tinggi dan larian2 yg pantas.. kerana Apa?? kerana sejak dari mula lg pasukan kita di cemuh di caci lgu kebangsaan kita juga do Boo bendera negara kita di conteng dan di bakar..


    sedang kan pasukan kita yang bermain di sukan sea tidak membuat apa2 kesalahan pun terhadap pemain mahupun menonton2 indonesia.. Pasukan kita merupakan pasukan yang telah dianiaya samada dari segi mental mahupun fasiliti yang disediakan.. dan apabila perlawanan akhir bermula para penonton mereka lebih kepada perasaan dendam yang membuak2 terhadap pasukan kita,perasaan dendam ini telah mengeluarkan 1 aura negatif semasa pertandingan akhir sedang berlangsung.. bebanding rakyat melaysia yang teraniaya yang mendoakan kejayaan Malaysia mengeluarkan aura positif yang mampu menaikkan semangat pasukan negara kita..  berbanding menyokong penonton indonesia juga lebih suka menghina n mencaci pasukan negara kita.. menonton negara kita hanya mampu melihat pasukan negara kita dicaci dihina, lalu seluruh rakyat malaysia berdoa terhadap kejayaan pasukan kita.. tidak dinafikan seluruh rakyat indonesia juga mendoakan kejayaan pasukan mereka.. akan tetapi lupakakah kita yang doa orang yang teraniaya lebih dimakbulkan..
     


    Berhati-hatilah terhadap doa orang yang teraniaya. Di antara dirinya dengan Tuhan tidak ada hijab. Sumpah, cacian dan kata-katanya adalah doa yang didengar Allah. Allah berfirman dalam hadits qudsi: Demi kemuliaan-ku, Aku akan tolong orang yang teraniaya itu dalam waktu dekat’.

    sebagai rakyat Malaysia sy juga ingin menasihatkan kpd rakyat kita x perlulah lakukan perkara yg sama mereka lakukan terhadap pasukan kita..

    sharelah demi kebaikan kita bersama....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...