Me & My WiFe!!
Saturday, May 7, 2011
MARI BERDAKWAH
Dakwah merupakan satu tugas yang sangat penting. Dengan dakwah para Da'i yang telah Sahabat-sahabat Nabi seperti Saad Ibn Waqqas sangup mengharung segara (lautan) dan berentas buana (benua) kerana tugas dakwah. Beliau bersama-sama sahabat nabi yang lain iaitu Yusuf Lebid merantau ke Guang Dong dan Fu Jian kerana berdakwah kepada masyarakat China. Datuk kepada Cheng Ho (Zheng He) atau Muhammad Cheng Ho seorang berbangsa Arab berhijrah ke China kerana berdakwah kepada masyaakat China. China telah menerima kedatangan Islam pada tahun 650 Masehi, lebih awal dari kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Di China, bilangan umat Islam (selain dari Bangsa Turky-Uighur di Singkiang) lebih ramai dari bangsa Melayu Islam. Kesan dari dakwah para pendakwah kini terdapat lebih kurang 100 juta umat Ilam di Negara China. Ramai orang Melayu yang tidak sedar bahwa di kalangan mereka terdapat ramai orang China yang beragama Islam tetapi selepas mengalami asimilasi, identiti mereka yang asal telah hilang dan kini mereka adalah oramg Melayu seperti yang ramai terpapat di Melaka, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.
Tugas Dakwah
Di Malaysia kini terdapat ramai orang yang bukan Islam. Di Sarawak umat Islam hanya merangkumi 25% dari penduduk Sarawak. Di Sabah sekitar 50% sahaja penduduknya bukan Islam. Marilah sama-sama kita mempersaudarakan mereka agar mereka menjadi umat Islam seperti kita. Kalau kita rasa kita ini amat bertuah menjadi umat Islam, maka ajaklah mereka sama-sama masuk syurga seperti kita Inshallah. Sekiranya sahabat-sahabat Nabi telah bersusah payah mengembara ke negeri China dan India untuk berdakwah, apakah kita juga sanggup untuk bersusah payah seperti mereka. Tidak perlu kita ke sana, Medan dakwah ada di sini. Apakah kita sanggup melakukannya seperti kesanggupan kita mengecam mereka?
Di bandar-bandar besar di negara kita terdapat banyak masjid. Umpamanya Masjid Jamik Bandar Seremban, Masjid Pekan Nilai, Masjid Pekan Kuala Pilah, Masjid Tampin dan sebagainya. Di Selangor terdapat masjid-masjid Besar di tengah-tengah kota seperti Klang, PJ, Kuala Selangor, Kajang dan sebagainya. Di wilayah persekutuan Kuala Lumpur juga terdapat banyak masjid-masjid besar. Di masjid-masjid ini perlu diwujudkan Pusat Penerangan Islam (PPI). Masjid Jamik Kuala Lumpur merupakan satu tempat yang strategik untuk Pusat Penerangan Islam.
Di Amerika
Usaha-usxaha dakwah di Amerika Syarikat dilakukan dengan begitu baik sekali. Di antara kaedah dan cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam di sana ialah dengan membuka pusat-pusat penerangan Islam. Mereka juga membuka masjid-masjid mereka kepada orang bukan Islam untuk melawatnya. Pada bulan ramadhan, mereka menjemput orang yang bukan Islam untuk iftar atau b erbuka puasa bersama-sama. Mereka juga terus membenarkan orang-orang yang bukan Islam untuk datang ke Masjid untuk mendapat penerangan tentang Islam
Di Negara-Negara Barat
Suasana sebagini memang wujud di masjid-masjid yang diurus tadbir oleh mereka yang faham Islam. Mereka membenarkan orang yang bukan Islam untuk datang ke Masjid untuk melihat sendiri tata-cara Islam yang menarik dan berharap agar mereka akan diberi hidayah oleh Allah s.w.t. Mesejnya ialah dakwah. Mereka juga diberi al-Quran dengan terjemahan dalam pelbagai bahasa.
Gambar-Gambar Tokoh
Gambar-gambar yang ditunjukkan di bawah adalah sebahagian dari gambar tokoh-tokoh pendakwah yang bergiat cergas berdakwah di seluruh dunia. Tokoh-tokoh ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka yang telah menganut Islam setelah melihat sendiri kebenaran Islam melalui bacaan mereka terutama bacaan al-Quran. Jumlah mereka kini mencecah ribuan ornag termasuk di kalangan mereka lebih dari 200 orang "ulama" iaitu mereka yang belajar di madrasah-madrasah di Negara Arab termasuk di Syria dan Yaman. Antara mereka ialah orang seperti Nuh Ha Mim Kellar yang mempunyai zawiyah (pondok) di Jordan. Mereka yang menganut Islam dari kalangan saintis, padri, golongan intelektual menggunakan akal mereka untuk membandingkan antara Islam dengan agama Kristian dan seteruanya menganut Islam. Mereka juga membandingkan kepercayaan atheisme dengan Islam dan akhirnya menganut Islam.
Islam Dan Manusia Zaman Sekarang
Di Malaysia ramai kalangan mereka yang asalnya tidak Islam telah menganut Islam, Kini ramai pelajar bukan Islam umpamanya telah menukar agama kepada Islam. Ramai yang menganut Islam selepas menyaksikan sendiri kebenaran Islam melalalui hujah-hujah yang membandingkan agama atau kepercayaan asal mereka dengan Islam. Haji Ayub Abdul Rahman, seorang bekas Paderi telah menganut agama Islam setelah berfikir dan membandingkan agama Islam dengan Kristian.
Pengajaran Dari Seerah Nabi
Seerah Nabi (perjalanan Hidup Nabi) mengajar kita bagaimana cara terbaik untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah. Masyarakat Arab pada mulanya adalah masyarakat Jahiliah. Segala penyakit masyarakat pada hari ini terdapat pada zaman Arab Jahiliah. Di antaranya ialah pesta membaca sajak-sajak di Kaabah, dan memuja tokoh-tokoh, zina sangat berleluasa sehingga lelaki boleh sahaja 'meniduri" wanita-wanita tanpa ada apa-apa halangan, malah wanita-wanita akan berbangga dapat "tidur" dengan lelaki yang dianggap tokoh penting. Apabila mereka mengandung wanita tersebut sahaja yang tahu siapa bapanya. Masyarakat Arab Jahiliah berhadapan dengan masalah ketagihan arak dan perpecahan keluarga, mereka juga terjebak ke dalam kancah perjudian, perkauman yang teruk, menyembah berhala dan sebagainya. Selama 13 tahun nabi Muhamad s.a.w. berada di Mekah untuk menanamkan akidah dan keyakinan kepada Islam dan akhirnya masyarakat Arab yang begitu lemah telah ditransformasikan menjadi masyarakat yang hebat sehingga dua kuasa besar dunia ketika itu, Byzentium dan Parsi telah kalah ditangan Islam. Apakah resepi yang telah digunakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. ?
Akidah Adalah Teras Pembinaan Akhlak
Tanpa memperkecilkan usaha dakwah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak, kita perlu membuat penilaian cara masyarakat kita berdakwah. Ada berapa perkara yang perlu dibetulkan. Satu daripadannya ialah dakwah kita bersifat "hanya memberi maklumat/pengetahuan kepada orang ramai", terutama apabila kita menyampaikan Islam dalam bentuk bengkel. Kita akan menyatakan pelbagai teori itu dan ini kepada para pendengar serta merujuk kepada penulisan para ulama untuk menyatakan apa yang mereka kata tentang perkara tersebut. Kita juga sering melakukan dakwah kepada golongan sasar yang sudah bersedia menerima Islam. Umpamanya kita berceramah di surau atau masjid yang sememangnya golongan yang hadir adalah golongan yang memang sudah sedia mendengar. Ada yang hanya berusrah dan merasakan diri mereka kuat hanya dengan berusrah semata-mata tanpa keluar melakukan usaha dakwah. Ini bukanlah satu kritikan yang bersifat negatif.. kalau boleh kaji dan lihat kebenarannya. Kalau tidak betul sila e-mail kepada saya aljawhariy@hotmail.com
Kesan Meninggalkan Tugas Dakwah
Dakwah bermaksud mengajak manusia untuk beriman kepada Allah, mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran, Apabila manusia beriman kepada Allah dengan penuh keyakinan, maka ia akan mematuhi syariat (peraturan atau undang-undang) Islam. Kepatuhan kepada syariat melahirkan manusia yang berakhlak. Umpamanya hukum berzina adalah dosa besar. Seseorang yang tidak beriman, apabila terbuka peluang untuk berzina umpamanya apabila berlaku godaan maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya daripada melakukan zina kecuali sekiranya ia Yakin bahawa zina adalah berdosa besar dan akan menerima padah yang buruk di akhirat. Apabila tugas dakwah tidak dilaksanakan, manusia tidak beriman, maka maksiat dan kejahatan akan berleluasa. Di negara kita terlalu banyak maksiat daan kejahatan sedang berlaku. Apakah ini menunjukkan bahawa dakwah tidak dilaksanakan?
copy from Abu Ahmad al-Ayubi al-Jawhariy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment