Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Friday, May 6, 2011

KEDUDUKAN MEKAH YG UNIK



Mekah adalah kiblat bagi semua umat Islam. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Mekah merupakan pusat bagi bumi ini. Mengapa? Satu dari cara menunjukkan bahawa Mekan adalah berada dalam kedudukan strategik ialah dengan melihat peta dunia. Sekiranya kita menuliskan "world map" ke dalam engin pencarian Google, dan minta "gambar" , peta dunia yang lazimnya akan muncul dalam paparan google adalah peta dunia seperti ini.

Peta dunia yang lazimnya diberikan oleh Google ialah peta dunia yang dipaparkan seperti di atas. Mengapakah peta dunia yang dipaparkan bentuknya seperti bentuk di atas. Peta dunia di atas dipagari oleh garisan Meridian Barat (180 darjah Barat) dan garisan Meridian Timur (180 darjah Timur. Kedua-dua garisan ini sebenarnya adalah garisan yang sama cuma untuk memperjelaskan bahawa berlaku pertukaran hari pada garisan ini. Di sebelah Timur garisan ini, harinya adalah satu hari dibelakang. Maksudnya kalay disebelah Barat hari Khamis, di sebelah timur harinya ialah Rabu. Ia berlaku pada 180 darjah Barat/atau 180 darjah Timur. Paparan peta dunia yang lain tidak akan dapat menunjukkan garisan meridian ini dan juga tidak ditunjukkan kesemua tanah benua secara berterusan. Olehsebab itu, paparan peta dunia yang berbentuk ini adalah paparan yang piawai.

Nisbah Emas (Golden Ratio)
Nisbah emas atau Golden Ratio adalah nisbah yang alamiah, dan terdapat secara tabii dalam alam semesta termasuk dalam pelbagai galaksi yang ada dalam alam semesta. Apabila seseorang teliti kedudukan Mekah pada peta dunia yang ditunjukkan, maka ia akan dapat melihat keduduka Mekah adalah pada kedudukan Nisbah Emas.

Para pembaca boleh buat satu garisan lurus mendatar (horizontal) dari kedudukan 180 darjah Barat hingga ke Mekah di Semenanjung Arab. Katakan garisan mendatar ini sebagai A. Buat satu garisan lurus mendatar (horizontal) dari Mekkah ke 180 darjah Timur. Katakan garis ini sebagai B. Ukur garisan A dan B, dan Bahagikan panjang A dengan panjang B. Nisbah yang diperolehi ialah 1.618. Campurkan panjang A dengan panjang B dan bahaginan dengan A (A+B) /A, nisbahnya juga ialah 1.618.

Buat satu garisan menegak lurus (Vertical) dari utara (Kutub) hingga ke Mekah, katakan garisan ini ialah A. Buat satu garisan lurus menegak (vertical) dari Mekah ke kutub Selatan, namakan garisan ini B. Ukur panjang A dan B. bahagikan A dengan B, nisbah yang diperolehi ialah 1.618, Sekarang campurkan panjang A dengan B dan bahagikan dengan B (A+B)/B. Nisbah yang diperolehi ialah 1.618.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...