Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Wednesday, May 11, 2011

DOA DIMATA PAKAR PERUBATAN



Roy L, telah tiga kali menjalani pembedahan jantung, tetapi keadaannya tetap tidak berubah, malah semakin teruk....
Pembedahan kali keempat sedang menantinya, kali ini untuk membetulkan arterinya yang tersumbat.

Ia terpaksa dilakukan sekalipun penuh risiko, salah hemat boleh menyebabkan maut.Menyedari hakikat itu, Dr Mitchell Krucoff yang bertanggungjawab melakukan pembedahan tersebut terpaksa memberi Roy sokongan bukan perubatan.
 Apa yang dilakukan doktor itu ialah menghantar nama Roy ke setiap masjid dan rumah ibadat yang lain, ia meminta ketua semua rumah ibadat itu mendoakan agar usaha menyelamatkan pesakitnya itu berjaya.
 Melalui pembedahan yang panjang, Dr krukoff dapat menyelamatkan Roy.Kejayaan itu mendorong pakar kardiovaskular dari School of Medicine Durham, New Castle, England, ini mengkaji kesan doa kepada pesakit berisiko tinggi.
 Roy adalah salah seorang pesakit yang mendorong Dr krukoff mengikuti terapi doa.Kesemua pesakit tersebur menghidap penyakit jantung dan memerlukan pembedahan membesarkan salur darah utama.Melalui kaedah itu mereka berjaya disembuhkan.
 " Doa adalah terapi lengkap yang tidak bercampur elemen elemen luar.. tanpa herba,urutan atau akunpuntur.Namun ia memberi keajaiban kepada pesakit kanser,jantung dan penyakit kronik yang lain.Ia memberi kekuatan dalaman yang mampu menjadi penyembuh," kata Dr Krukoff.
 Menurutnya lagi, doa adalah amalan semua agama yang memberi kekuatan minda serta keyakinan dan ketenangan.Sebab itulah pesakit berisiko tinggi digalakkan berdoa atau didoakan keselamatannya.
 " Mereka yang menjalani prosedur angioplasti akan menghidapi `stress` sebelum,semasa dan selepas pembedahan.Keadaan ini memberi kesan buruk kerana degupan jantung menjadi kencang,tekanan darah meningkat,darah menjadi pekat,saluran darah menyempit dan ia menyebabkan penyumbatan arteri mudah berlaku.
 " Tapi dengan doa, `stress` dapat dikurangkan,serta amat berguna untuk mengawal keadaan pesakit supaya cepat sembuh " terang Dr Krukoff.
 Sehubungan dengan itu beberapa saintis cuba membuktikan dakwaan Dr Krukoff.Salah seorang daripada mereka, Dr Herbert Benson dari Universiti Harvard, Amerika.
 " Apabila seorang berdoa dengan khusyuk, minda akan mengawal seluruh aktiviti tubuh,sehingga ke satu tahap individu itu dapat mengasingkan diri dengan dunia luar.Ketika itu diri benar benar tenang, sistem saraf dapat dikawal sepenuhnya,degupan jantung teratur, tekanan darah stabil dan metabolisme lancar, " kata Dr herbert.
 Apabila ketenangan tercapai penyakit lebih mudah disembuhkan.Ucapan dalam doa itulah yang menjadi penyembuh.
 Kemudian Dr Harold Koenig, dari University School of Medicine of Durham, New Castle, menambah, doa bukan sekadar pengulangan perkataan dan tindak balas psikologikal tapi ia adalah kesan langsung kepada kesihatan.
 Dari kajian yang dijalankan, Dr Harold mendapati pesakit yang tidak pernah mengunjungi rumah masjid, gereja atau kuil akan tinggal di hospital tiga kali lebih lama berbanding mereka yang taat.
 Manakala pesakit jantung yang tidak mempunyai pegangan agama menghadapi risiko kematian 14 kali lebih cepat selepas pembedahan.Begitu juga orang tua yang tidak mendekatkan diri dengan agama mempunyai risiko mendapat strok dua kali ganda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...