Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Wednesday, May 11, 2011

CIRI² AJARAN SESAT.





erm hari nie kat tempat aku datang panel dari fatwa penerangan negeri selangor, bagus gak dorang datang dapat gak penerangan mengenai fatwa² yang terbaru dekat negeri selangor



pertama sekali panel nie bagitahu tentang ciri-ciri ajaran sesat di malaysia. korang nak tahu tak berapa banyak ajaran sesat yang terdapat di malaysia nie? melalui kajian dorang terdapat 125 ajaran sesat yang terdapat di negara kita dan antara ciri² ajaran sesat adalah:-


1- mengamalkan silat yang memerlukan bantuan daripada makluk halus tu yang korang tgk silat dia boleh terbang² & boleh tahu kalau ada musuh yang nak serang dia dari belakang.


2 -bomoh yang menggunakan bantuan makluk halus juga merupakan salah satu ajaran sesat jadi mari lah kita cari pusat perubatan yang menggunakan ayat² suci Al Quran.


3- ada juga ajaran sesat yang berselindung di sebalik zikir iaitu menarik minat orang supaya orang mempercayai ia adalah ajaran sebenar dan apabila pengikutnya dah mula taksub ,dorang pun akan mula mengorak langkah yang lebih jauh lagi.


4 -korang juga kena berhati² dengan NII( Negara Islam Indonesia), group nie khabarnya bergiat aktif di universiti² dan kolej² dan sasaranya merupakan  pelajar.menurut panel, group ini metafsirkan Al Quran dengan cara yang salah disisi Islam dan sunnah Rasulullah S.A.W.


ada satu kisah yang diceritakan oleh panel, seorang anak yang sudah bergelar peguam terlalu taksub dengan ajaran sesat dan telah bernikah batin dengan tok guru ajaran sesat dia ( nikah batin nie handal xyah pakai wali pun tok guru dia sebut aja aku nak kawin ngan ko jd sah lah perempuan 2 menjadi isteri dia, handalkan)
so nak dijadikan cerita bapa dia dapat tau yang anak dia nie dah nikah dengan tok guru nie n terlibat dengan ajaran sesat so bapak dia mengamuklah kurung si polan nie dalam bilik selama beberapa hari tapi si anak nie berjaya keluar dari bilik n kembali pada suami yg x sah 2. dengan kurang ajarnya anak nie telah menghantar surat saman kepada bapaknya.


5- asas akidah yang bertentangan dengan akidah juga merupakan ciri2 ajaran sesat so kita semua kenalah berpegang pada sunnah dan hadis2 sahih ye.


6- korang nak tau x ,kita selalu menggunakan perkataan "nasib baik" .nasib la aku tak ikut mat balik kampung klu tidak aku pun terlibat dalam kemalangan.. erm perkataan macam 2 juga merupakan permulaan untuk sesat tau, kita kene ingat yang semua qada dan qadar telah ditentukan oleh Allah taala.


7- ada juga ajaran sesat nie dia mengikut ajaran al Quran ,itu dah bagus dah tapi boleh lak dorang nie tak terima Muhammad sebagai Rasulullah dan penyelamat sekalian alam.


8- ada pulak jenis yang mengaku rasul melayu dan boleh terima wahyu direct dr tuhan, rasul melayu nie cakap di arab rasulullah lah yang dorang ikut sbb dorang dok kat arab, so kita di malaysia pakai rasul melayulah wat apa nak ikut muhammad saw, itu pun ada juga orang bangang g pcaya yang  tok guru dia mmg seorang rasul.
yang kelakarnya, panel cerita dia terbaca di internet rasul nie boleh gaduh dengan rasul melayu perempuan yang duduk di ampang. hahaha...


9 -yang jenis mengaku diri imam mahdi juga merupakan salah satu ajaran sesat hati² dengan group nie.


10 -ada juga ajaran sesat yang cakap klu korang join group dia ,korang dijamin akan masuk syurga, kita nie spe nak tentukan orang masuk syurga atau neraka, kecualilah 10 sahabat nabi yang dijanjikan oleh Allah taala akan masuk syurga melalui wahyuNya.


11-''kalau ko keluar dari group nie ko akan dapat mala petaka'' itu lah ungkapan yang selalu di gunakan oleh group ajaran sesat supaya orang takut utk keluar dari group dorang. jadi spe² yg dh join  tu tperangkaplah  dorg.


12 kalimah syahadah dah elok² ,ada lak group ajaran sesat nie memandai g tambah macam², itu juga merupakan ajaran sesat. puak syiah antara yang menambah kalimah syahadah.


13- semayang jumaat tak payah datang pun tak apa x wajib.. haa.. menolak semayang jumaat juga salah disisi agama kita.


14 -aku tak tahan bila panel cerita ada group nie handal betul ,de boleh wat kaabah kat pulau pinang,mcmana dorang tawaf agaknye yek, melontar jamrah mau g punggai pokok pinang agaknya.


15- korang nak tau tak antara ajaran sesat kat malaysia nie ada satu nie mmg handal tul, panel cerita siap boleh  seru roh suruh betulkan tayar pancit, handal tul lah.. panel tue cerita gak kalau kereta group dia exsiden bawa aja kereta 2 masuk bengkel n seru aja nama arwah tok guru dia, kereta pun boleh elok seperti sediakala .panel cakap nie betul2 terjadi n cakap dorang sebenarnya menggunakan jin. panel ckp senang minta tolong jin sebab kos murah belanja aja asap rokok. hehe..


16 -mana group yang menolak walaupun satu rukun iman juga di fatwakan sesat.


17 -berzikir aja sambil bayangkan tok guru, zikir utk tok guru dia pun ada klu korang nak tau ,ini juga merupakan ajaran yang sesat.


18 -ada group nie handal gak siap cakap ko jangan risau, ko join kitaorang je lah,kitaorang dah ada istana kat syurga. ko join kitaorang ko blh dok dlm syurga n kat istana dengan kitaorang. ish3..


19 -maner² orang yg ngaku boleh sedut duit 2 pun korang jaga²lah ,komfem sesat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...