Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Wednesday, May 11, 2011

AZAB SAKARATUL MAUT ANAK DERHAKA



Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya.Jeritannya 
sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu 
ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Disisi katil 
saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka 
panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal 
menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, 
Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil. 
   
 "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang 
kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi 
saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu 
menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. 
   
 "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau." Sedang 
kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya 
cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan. 
   
 "Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! 
Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan 
sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang 
marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang 
amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. 
Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? 
   
 "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab.
 Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan 
sesama sendiri. 
"Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu 
kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini 
susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus 
terang. 
  
Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakiningin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya 
boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal. 
   
"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." 
   
"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami
"jawab salah seorang daripada mereka. 
   
 Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada 
saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. 
Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat 
perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai 
kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja 
dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah 
kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta
tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun 
berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidakdirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. 
Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di 
sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih
banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah
menjadi semakin parah.Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja,dia akanmenghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan 
jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya.Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak,namun dia masihtidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnyamereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunyasupaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun 
sebelum itu. 
   
"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. 
"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. 
   
 "Ahhh, saya tak kira." 
   
"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak 
buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya. Bukan sahaja ibunya, 
malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih 
bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara 
sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang 
adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir 
dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai 
kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya  terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok dilantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara 
Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan 
otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan 
keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira 
seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh
sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan 
menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. 
berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. 
   
"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. 
   
Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu,Jalal menjerit kepanasan.Tubuhnyamenggeletik dan menggelepar kesakitan. 
   
"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ 
emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah." 
   
Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di 
situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dankakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih 
tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan 
kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah 
nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. 
Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya 
berdering. 
   
"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya sepertisudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak 
henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq,Surah an-Naasserta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat 
suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya 
kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam
satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi 
seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya
 adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh 
terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut  keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, 
kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepa
s 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia
pergi menghadap Allah SWT = untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah 
riwayat seorang anak derhaka. 
   
Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar
 kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, 
ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan
melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan 
sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.Kesengsaraan yangditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara 
giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahajamenanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan 
tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya 
menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnyaterpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan 
mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai 
membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya 
mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman  perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah 
secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya 
sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang 
pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil 
kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan 
dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat
oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu,satu lagi masalah timbul tidak adavan atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan 
sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa 
yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapikayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham 
sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya.Namun diceritakan juga 
kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya. 
   
Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga 
Allahyarham. 
   
"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." 
   
 "Apa masalahnya itu?" tanya saya. 
   
 "Kubur adik saya berlubang ustaz." 
   
Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang 
derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu 
disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula 
dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup 
liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan
tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula. 
   
"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang 
tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. 
   
Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya 
memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang 
membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, 
masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar
sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari
kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. 
   
"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. 
Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan
dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa
itu sebanyak tujuh kali." 
   
Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan 
majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut 
menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak
lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih
terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap 
kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma 
beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika 
orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke
akhir hayatnya. 
   
Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun 
keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan
iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...