Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Wednesday, May 18, 2011

SAINS & ALQURAN ( SERANGGA )



labah-labah betina
Sains baru menemui kajian berkenaan serangga sedangkan dlm Alquran telah lama diceritakan....



Kajian tentang serangga dalam displin ilmu sains dinamakan sebagai entemologi. Dalam al-Quran terdapat beberapa nama serangga yang disebut. Umpamanya lebah, nyamuk, lalat. Begitu juga terdapat haiwan seperti labah-labah. Walaupun labah-labah bukan serangga, ia tergolong dalam haiwan yang disebut dalam al-Quran. Haiwan ini tergolong dalam kumpulan arachnida.
Surah an-Nahl
.
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah an-Nahl, ayat 68.



Maksudnya
.
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
.
Perhatikan perkataan yang berbunyi anitakhiz النحل أن اتخذي pada ayat di atas. Perkataan tersebut merupakan perkataan berbentuk perintah (ayat amar) kepada lebah betina. Sekiranya diteliti, ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan kepada lebah betina? Lebih jelas lagi sekiranya ayat 69 Surah an-Nahl diteliti.
.


Maksud ayat ini.

Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan ikutilah jalan tuhan kamu yang telah dipermudahkan untukmu dan keluar dari perutnya minuman yang pelbagai warna didalamnya ada penawar untuk manusia sesungguhnya dalama ini ada tanda-tanda bagi kaum yang berfikir
.
Dalam ayat 69 ini, lebih banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa lebah yang membina sarang, mencari makanan adalah lebah betina. Perhatikan perkataan kuli, fasluki, subula rabbiki, butuniha. Perkataan-perkataan ini merupakan perkataan yang merujuk kepada betina (lebah betina). Dalam koloni lebah, tugas-tugas membina sarang, mencari makanan (manisan bunga), membersihkan sarang dilakukan oleh lebah betina. Lebah jantan tidak melakukan kerja-kerja tersebut sebaliknya tugas jantan adalah untuk mensenyawakan benih maharani. Maharani pula tugasnya adalah bertelur. Perhatikan pula perkataan yakhruju mimbutunihaa.Ayat ini bermaksud keluar dari perutnya. Dalam konteks ini mim butuniaa merujuk kepada perut lebah betina yang ke tiga. Dalam bahasa Arab, gantina nama pertama (Jantan-lelaki) Anta, gantinama (betina-perempuan) anti, gantinama ketiga (betina-perempuan) Ha, Hiya, gantinama (lelaki-jantan), Hi. Huwa. Jadi butuniha merujuk kepada gantinama ketiga betina.
.
Apa Yang Perlu Difikir
.
Pembaca perlu berfikir bagaimanakah al-Quran yang diturunkan pada kurun ke-6 dapat menjelaskan dengan tepat bahawa lebah yang mencari madu itu adalah lebah betina!. Bagaimana pula al-Quran dapat menjelaskan bahawa madu keluar dari perut sedangkan manisan bunga diambil dengan probosis (belalai) dan dikeluarkan melalui probosis (belalai).
.
Mengapa al-Quran Menggunakan Perkataan Gantinama Ketiga


Al-Quran menggunakan gantinama ketida dalam ayat yakhruju mim butunihaa.Kajian tentang lebah madu menunjukkan bahawa lebah yang mencari manisan bunga dan makanan-makanan dalam bentuk propolis dan debunga membawa bahan-bahan tersebut kesarang dan di sarang, bahan-bahan ini diluahkan oleh mereka dan disedut pula oleh levah betina yang sedang menunggu di sarang. manisan bunga dan juga propolis ditelan masuk ke perut lebah dan disimpan dalam perut tersebut dan dicampur dengan pelbagai enzim, diperap selama 30 minit hingga 1 jam sebelum diluahkan dan dimasukkan ke dalam petak-petak segi enam dalam sesikat lebah. Lebah yang menunggu itu merupakan lebah betina!
.
Labah-labah




Surah al-Ankaboot merupakan surah yang menggunakan nama binatang iaitu labah-labah. Surah ini seperti surah-surah lain dalam al-Quran adalah unik dan memberi maklumat yang cukup hebat. Dalam surah al-Ankaboot ayat 41

.
Maksudnya


Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.


Ayat ini memberi satu isyarat kepada manusia tentang labah-labah yang membina sawang. Perhatikan perkataan ankabootit takhozat bayta.العنكبوت إتخذت Perkataantakhozat merupakan perkataan yang merujuk khas kepada perbuatan betina (labah-labah betina). Dalam bahasa Arab ada perkataan yang merujuk kepada jantan dan betina.
.Kajian terhadap labah-labah mendapati bahawa HANYA labah-labah betina yang membuat sawang. Labah-labah jantan tidak membina sawang. Labah-labah jantan yang zaiznya kecil tidak membina sawang. Ia hanya tinggal dicelah-celah batu atau kayu. Walaupun labah-labah jantang tidak membuat sesawang seperti labah-labah betina, namun labah-labah jantann akan datang ke sesawang labah-labah betina iaitu semasa ia hendak mengawan. Labah-labah jantan yang mahu mengawan dengan labah-labah betina berhadapa dengan pelbagai masalah. Umpamanya labah-labah betina akan menyepak dan menerajang labah-labah jantan yang datang ke sesawangnya untuk mengawan. Setelah berjaya mengawan ada dua tragedi yang mungkin dihadapi oleh labah-labah jantan. Pertama: Labah-labah betina akan makan labah-labah jantan (suaminya) atau sekiranya ini tidak berlaku, labah-labah betina akan perdaya labah-labah jantan dan mempelawa labah-labah jantan (suaminya) untuk tinggal dalam sesawang. Labah-labah jantan yang tidak mempunyai sesawang pun tinggal disitu tanpa mengetahui niat jahat labah-labah betina (Isterinya). Apabila anak-anak mereka menetas pula maka anak-anak mereka akan makan bapanya sendiri! Sedih bukan. Cuba baca ayat 41, Allah s.w.t. menyatakan bahawa sarang /rumah (atau rumah tangga atau keluarga!) yangpaling reput adalah keluarga labah-labah sekiranya mereka mengetahuinya!
.
Semut Bercakap Dengan Suara


Sekiranya anda membaca ayat 18 Surah Naml, and akan mengetahui bahawa semut sebenarnya bercakap dengan menggunakan suara.


Maksud ayat ini

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
.

Dalam ayat ini, perkataan "qolat namlatun" boleh dimaksudkan kepada berkatalah seekor semut betina. Aneh bukan! al-Quran mengatakan bahawa semut boleh berkata, maksudnya semut boleh mengeluarkan suara yang mengandungi maksud. Mereka yang anti Islam mengatakan bahawa al-Quran membawa cerita dongeng . Mereka mendakwa bahawa semut hanya boleh berkomunikasi dengan menggunakan hormone bernama fermone . Lebih jelas lagi sekiranya anda membaca ayat 19 surah an-Naml.







Maksud ayat ini.



Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Perkataan qawlih قولها dalam ayat ini boleh diterjemahkan kepada kata-ka sembt betina itu. Dua ayat di atas menunjukkan bahawa semut boleh bercakap dan yang bercakap adalah semut betina.
.
Terdapat golongan anti Islam yang mempersendakan al-Quran dengan mengatakan bahawa menurut kajian entemologi, semut berkomunikasi dengan hormone sahaja. Namun kajian yang dibuat oleh Professor Dr Jeremy Thomas, professor di Jabatan Ekologi universiti tersebut bersama-sama dengan pasukan penyelidik dari Universiti Turin di Italy dan juga beberapa orang penyelidik dari Sepanyol secara tidak sengaja telah menemui bahawa semut betina (Maharani) memberi arahan kepada para pekerja semut dengan suara.


from : prof Arif Kasmo

powered by

2 comments:

kyo_9 said...

thank you for sharing!

Suhaizal said...

same2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...