Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Thursday, May 26, 2011

SAINS & ALQURAN ( KEBAIKAN SEMBELIH )




Perintah Memakan Yang Halal Dan Baik
. 

Allah s.w.t. memerintahkan manusia untuk memakan makanan yang halal dan baik. Halal bukan sahaja dari sudut sumbernya iaitu makanan tersebut perlu diperolehi secara yang halal, umpamanya bukan hasil dari rasuah, mencuri, menipu dan sebagainya bahkan makanan yang telah ditentukan halalnya oleh Allah. Makan tersebut juga perlu baik, maksudnya orang Islam perlu makan makanan yang baik kualitinya.
.
Maksudnya:
Wahai manusia,makanlah dari apa yang yang halal dan baik di bumi dan janganlah kamu turuti jejak Shaytan sesunguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata
Islam menekankan tentang makanan yang halal dan baik. Antara makanan yang halal dan baik ialah daging haiwan yang halal dimakan dan disembelih dengan cara yang betul. Bukan semua haiwan boleh dimakan. Ada kriteria tertentu yang telah ditetapkan tentang haiwan yang boleh dimakan dan haiwan yang tidak boleh dimakan. Pastinya daging babi tidak boleh dimakan.
.
Sembelihan Cara Islam
.
Ada dakwaan yang mengatakan bahawa sembelihan cara Islam adalah cara yang zalim dan kejam. Tetapi apakah dakwaan tersebut benar? Dakwaan seperti itu tidak benar sama sekali. nabi Muhammad s.a.w. mengajar cara menyembelih yang betul kepada orang-orang yang beriman. Ada syarat-syarat menyembeluih. Antaranya yang menyembelih ialah orang Islam, niat menyembelih kerana Allah, pisau yang tajam, memutuskan urat marekh. Untuk melihat syarat-syarat yang lengkap sila lihat blog di ruangan sebelah.
.

Apakah Sembelihan Cara Islam Zalim?
.
Satu daripada syarat menyembelih binatang ialah memutuskan urat marikh. Dalam istilah sains, urat marikh merupakan salur darah yang dinamakan sebagai caratoid arteries. Terdapat sepasang caratoid arteries pada leher manusia dan haiwan. Urat marikh (marikh berasal dari perkataan ra ha atau rehat, umpamanya solat taraweeh, solat sambil rehat). Dalam bahasa Latin, caratoid bermaksud tidur mati (tidur tanpa sedar). Salur darah ini merupakan salur darah yang membekalkan darah ke otak. Otak walaupun merupakan organ yang kecil berbanding dengan keseluruhan jisim haiwan, iaitu hanya 5% dari berat keseluruhan badan haiwan tetapi ia mendapat bekalan darah sebanyak 20%. Otak memerlukan bekalan darah yang banyak kerana ia memerlukan tenaga yang banyak untuk kegiatan-kegiatan kawalan tubuh badan.
.
Apabila urat marikh ini dipotong dengan pisau yang tajam, maka bekalan darah ke otak terputus. Apabila bekalan darak ke otak terputus, maka dalam beberapa saat sahaja sel-sel akan mati dan ini menyebabkan haiwan yang disembelih tidak sedar. Ia "rehat" atau "Tidur mati". Orang yang terkena 'stroke" badannya mati sebelah. Badan yang mati tidak terasa apa-apa. kalau dikelar ia tak sakit kerana sel dalam otak yang mengesan rangsangan sakit sudah mati sebab tak dapat bekalan oksigen. Haiwan yang disembelih tidak merasai sakit!
Mengapa Haiwan Meronta-Ronta?
.
Haiwan-haiwan yang disembelih meronta-ronta dan bergerak-gerak. Adakah ini menunjukkan kesakitan yang dialami mereka ? Pergerakan haiwan yang disembelih ini merupakan tindakan luar kawal iaitu ia tidak dikawal oleh otak yang telah mati. Otak tidak lagi mengawal pergerakan haiwan tersebut. Pergerakan tersebut adalah pergerakan luar kawal atau tindakan refleks. Pergerakan ini membantu darah untuk dipam keluar dari arteri dan vena yang terdapat dalam haiwan. Daging haiwan yang disembelih dengan cara Islam ini bersih dari darah. Kualitinya lebih baik dan rasanya lebih baik dari haiwan yang disembelih dengan cara sembelihan cara lain seperti dibius terlebih dahulu atau ditusuk badanya.


1 comment:

momoi mee said...

n3 yg bgus!!!truskn usaha yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...