Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Friday, May 13, 2011

PERGILAH BERJEMAAH & ELAKKAN SESUATU YG HARAM

kurma.png

Sebut pasal makan kurma sebutir ni .... saya teringat satu kisah yang terjadi di suatu surau .... Seseorang yang tidak dikenali oleh jema'ah surau telah datang ke surau itu dengan membawa beberapa dulang makanan dan diletakkan dibahagian belakang dewan Solat. Selepas Solat Isya' datang beberapa jema'ah surau untuk menjamu selera .... diherdik oleh tuan imam kepada mereka sambil bertanya .... " Apakah tujuan makanan ini dihantar ke sini? "...." Entah, tapi biasa la tuk, bila orang hantar makanan kat sini, kita makan la...". " Bagus la, tapi nak ka kamu semua makan makanan yang dihantar tanpa mengetahui siapa yang menghantarnya dan apakah tujuan makanan ini dihantar ke sini??? "... nak dijadikan cerita ... tak jadilah jema'ah surau makan makanan yang dihantar ... keesokannya ... datanglah seseorang ke surau untuk mengambil balik talam dan pinggan-mangkuk sejurus sebelum maghrib ....
Terkejut dia kerana makanan yang dihantar tak dijamah .... dia pun bersuara " Kenapa tak makan makanan ni?" ... " Awak siapa?" ... " Saya si polan yang duduk dalam taman ini, saya buat kenduri arwah untuk emak saya yang telah meninggal dikampung sebulan dulu. kenapa encik semua tak makan? "... " Kami tak kenal tuan dan semalam semasa tuan menghantar makanan ke sini, tuan letak makanan dan terus pergi tanpa beritahu kami yang makanan ini adalah untuk dikendurikan kepada jema'ah surau, macam biadap saja .... maafkan saya. adakah tuan beritahu mana-mana jema'ah surau yang makanan ini untuk dikendurikan kepada orang surau kerana berhajat untuk membuat kenduri arwah?" .... " Tidak ..." " Tuan kenal pak imam A?" ... " Tidak..." " Tuan kenal pak imam B?" ... " Tidak, saya tak kenal orang surau kerana saya tak pernah berjema'ah ke surau ...". " Patut pun, lain kali datang la secara terang-terangan dan berjumpa pegawai surau atau imam bertugas dan nyatakan niat tuan supaya senang kami menguruskan tahlil dan kenduri arwah untuk tuan.

*** Kesimpulan - inilah masaalahnya bila tak mahu bermasyarakat dan mengenali saudara seagama .... balik kerja, berkurung diri dalam rumah ... apa-apa berlaku kat luar - lantak masjid/surau bukan hanya diperlukan bila ada kematian, rumah Allah juga tempat untuk mencari ilmu, kita berjema'ah untuk merapatkan silaturrahim sesama kita, bersama-sama berkampung bila ada
kenduri-kendara, gotong royong dan dan bersatu bermuafakat menjalankan program-program kemasyarakatan untuk membina masyakarat setaman.

Masaalahnya orang beranggapan bahawa masjid/surau hanya diperlukan untuk upacara-upacara keagamaan sahaja ... nak buat tahlil, nak mandi mayat, nak solat jenazah, nak doa selamat masuk rumah baru/perkahwinan ... baru la nak cari masjid/surau on the other hand ... nak menjadikan masjid/surau menarik untuk orang datang berjema'ah pun satu cabaran juga - ada orang yang malu atau segan nak datang ke surau/masjid, apa lagi yang tak nak berdonia dengan masyarakat setempat ... apa kita nak buat???

+++ Assalamualaikum, kepada sahabatku sekalian, semoga cerita dibawah membawa iktibar dan pedoman kepada diri saya dan anda sekalian. Halalkan makan dan minum selama ini dan kalau ada hutang yang banyak tu kira langsai aje atau belakang citer.


SEBUTIR KURMA


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat Mesjidil Haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya
sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?". "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...