Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Monday, January 6, 2014

sunnah berbekam




APAKAH ITU BEKAM?


Bekam merupakan istilah Melayu yang bermaksud “Pelepasan Darah”. Disebut “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Manakala dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.


MENGAPA HARUS BERBEKAM
Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia.


Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.


Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.



BEKAM, CARA PERUBATAN TERBAIK
Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.
Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine).


AMALKAN BEKAM SUNNAH, SELAMAT DAN BERKAT. INSYA ALLAH!
Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar pelbagai teknik pengubatan atau terapi.
Sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda:
“Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api (al-kayy). Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.”
Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (HR ahmad, Al-Ahkam dan Samurah ra.)


Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan yang berkaitan. Racun sangat kuat dan cepat mengalir ke seluruh tubuh badan melalui darah menyebabkan badan berpeluh, jadi racun menjalar terus ke aliran jantung, dan selalunya kita tidak dapat berbuat apa-apa. Rasulullah SAW memilih berbekam pada tengkuknya kerana tempat tersebut adalah yang paling dekat dengan jantung, walaupun racun tersebut tidak dapat keluar sepenuhnya namun ia dapat meringankan penderitaan yang yang terkena racun tadi.


"Bahawasanya Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang."
Titik-titik bekam yang disukai Rasulullah SAW ialah selain di atas kepala, di kedua urat leher Rasulullah SAW. Ia dapat mencegah sakit kepala, sakit di bahagian wajah, sakit di gigi, sakit telinga, sakit hidung dan sakit bahagian tekak.


Di bahagian tengkuk pula dapat mengurangkan tekanan darah pada tengkuk, rabun dan benjolan di mata, berat pada alis dan kelopak mata, penyakit mata dan seumpamanya.
Bahagian bahu pula bagi dapat menghilangkan rasa sakit atau stress/tekanan pada bahagian bahu.
Di bahagian pinggang pula bagi menghilangkan sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh.



LARANGAN BERBEKAM
1.Wanita hamil.
2.Wanita yang datang haid.
3.Orang tua yang terlalu uzur.
4.Pesakit kulit yang serius.
5.Pesakit darah rendah yang serius.
6.Pesakit diabetis, kanser darah, Hepatitis A & B yang kronik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...