Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Saturday, December 31, 2011

TIPS PERLU DIELAKKAN KETIKA MENGECAT RUMAH


Menurut penulis laman web About.com Guide, Coral Nafie, ada 20 perkara yang sama sekali patut dielakkan ketika menghias rumah. Antaranya:

  • Buat pilihan sendiri 
    Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

  • Elak mengecat dulu
    Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

  • Jangan pilih cat dari kertas contoh
    Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

  • Jangan pilih warna dalam kedai
    Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.

  • Jangan abaikan psikologi warna
    Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

  • Elak dekorasi paksa
    Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

  • Jangan abaikan titik fokal ruang. Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

  • Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

  • Elak bina sekatan
    Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

  • Jangan beli kerana murah
    Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.

  • Jangan melabur kerana aliran gaya Ini kerana kelengkapan direka mengikut gaya semasa lazimnya tidak kekal lama. Cari kelengkapan lebih berharga sepadan wang dibelanjakan.

  • Utamakan penampilan ruang dengan menyingkir semua kelengkapan usang dan hodoh dipandang. Memang keindahan itu hak mata yang memandang tetapi elakkan cuba menyukai sesuatu yang sememangnya anda tidak suka. Sebaiknya dibuangkan saja supaya kediaman tambah indah dan kemas.

  • Jangan lupa perincian
    Belajar memahami perincian yang boleh tampilkan keunikan gaya hiasan dalaman. Misalnya, lampu meja, kusyen hiasan berbeza fabrik dan rona, lilin beraroma serta jambangan bunga. Yang pasti, keseluruhan gaya kediaman mampu membuat anda dan tetamu teruja.

  • 1 comment:

    fared said...

    tuan punya blog mesti rumah lawa kan. macam2 tips tahu :p

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...