Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Wednesday, June 15, 2011

TANDA₂ KIAMAT YG DAH BERLAKU




Sesungguhnya perbincangan mengenai tanda-tanda kiamat merupakan diantara perkara ghaib yang tidak diketahui kecuali melalui wahyu (al-kitab & as-Sunnah). Urusan kiamat ini juga merupakan usul agama @ akidah umat islam yang wajib diimani. Sebahagian ulama membahagikan tanda-tanda @ syarat-syarat kedatangan hari kiamat ini kepada 2; pertama, tanda-tanda besar dan yang kedua, tanda-tanda kecil. Sebahagian mereka membahagikannya kepada tanda-tanda yang berlaku di langit dan tanda-tanda yang berlaku dibumi. Ini semua adalah ijtihad dari sudut pembahagian semata-mata, bagi memudahkan penjelasan dan perbincangan. Adapun inti kepada setiap point-point tersebut sudah pastilah bersandarkan kepada nusus wahyu yang tiada ruang bagi akal untuk berijtihad.
Tanda-tanda kiamat yang telah berlaku ini sudah tentulah melibatkan tanda-tanda kecil sahaja kepada kedatangan hari kiamat. Tanda-tanda kecil ini pula dibahagikan kepada dua bahagian;
1) Tanda-tanda yang telah berlaku dan sudah selesai.
2) Tanda-tanda yang telah berlaku tetapi akan terus berlaku & tanda-tanda yang belum berlaku tetapi pasti akan berlaku.

Disenaraikan disini tanda-tanda kecil hari kiamat yang telah berlaku berserta dengan dalil-dalil yang akan diterjemahkan terus tanpa mendatangkan teks arabnya. Semoga umat islam khususnya diri saya dan para pembaca mengambil ikhtibar dan bertambah keimanan serta amalan, sesungguhnya Allahlah jua pemberi taufik dan petunjuk kepada jalan yang benar.

Tanda-tanda kecil hari kiamat yang telah berlaku;
1) Perutusan Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasul.
Daripada Sahal Bin Saad radiyallahu anhu berkata; "Aku lihat Rasulullah berkata sambil mengangkat jari tengah dan telunjuknya; Aku diutuskan dan hari kiamat seperti dua (jari) ini". Soheh Bukhari dan Muslim.

2) Kewafatan Nabi Muhammad.
Daripada Auf bin Malik radiyallahu anhu berkata; "Aku datang kepada Nabi dalam peperangan Tabuk dan baginda berada di dalam satu khemah daripada kulit, lalu Nabi bersabda; "Bilanglah enam perkara di antara tanda-tanda kedatangan kiamat; kematianku, kemudian pembukaan Baitul Maqdis…". Soheh Bukhari.

3) Terbelahnya bulan pada zaman Nabi Muhammad.
Sila lihat tafsir Ibnu Kathir dalam surah al-Qamar ayat 1-2.

4) Pembukaan Baitul Maqdis.
Umar al-khattab telah membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 16 Hijrah. Kemudian pada zaman kerajaan Abbasiah (Ayyubiyyah) pada tahun 583 Hijrah oleh Solahuddin al-Ayyubi. Insyaallah Baitul Maqdis akan dibebaskan semula oleh orang islam sehinggalah kayu dan pokok-pokok berkata; "Hai orang islam, dibelakangku ini ada Yahudi, mari sini bunuhlah dia".

5) Munculnya fitnah yang terlalu banyak dengan pelbagai jenis dan bentuk.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda yang bermaksud; "Bersegeralah kamu melakukan amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti dalam satu malam yang sangat pekat, seorang lelaki pada pagi hari adalah mukmin dan apabila petang menjadi kafir. Pada petang hari dia mukmin kemudian esok pagi dia menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan sedikit daripada habuan dunia". Hadis soheh Muslim.

6) Berlakunya peperangan Siffin di antara tentera Ali & Muawiyah.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda; "Tidak berlaku kiamat sehinggalah akan berperang 2 kumpulan yang besar, kedua-dua kumpulan mengalami kematian yang banyak, seruan kedua-dua pihak adalah sama". Muttafaq Alaihi.

7) Munculnya golongan khawarij.
Daripada Ibnu Mas'ud bahawa Nabi bersabda bermaksud; "Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yang muda-muda, pendek akalnya, membaca al-quran tetapi tidak melepasi tenggorokan mereka, mereka berkata dengan kata-kata Allah, keluar daripada agama ini sepertimana seperti keluarnya anak panah daripada busurnya". Muttafaq Alaihi.

8) Keluarnya dajjal-dajjal kecil yang mengaku sebagai Nabi.
Daripada Thauban bahawa Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah qabilah-qabilah daripada umatku akan mengikuti kaum musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada dikalangan umatku 30 pendusta, semua mereka mendakwa sebagai Nabi, dan aku adalah penghabisan para Nabi, tiada Nabi selepas aku". Hadis soheh riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Adakah rasul melayu, si Kahar yang bodo itu termasuk? Wallahu a3lam.

9) Berlakunya pembunuhan yang banyak.

10) Munculnyanya api besar di bumi Hijaz (Madinah).
Nabi bersabda bermaksud; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan keluar api daripada bumi hijaz, ianya dapat menerangi tengkuk-tengkuk unta yang berada di Busro (Syiria)". Soheh Bukhari. Kejadian ini berlaku di Madinah pada malam Rabu 3 Rabiul akhir tahun 654 Hijrah seperti disebutkan oleh Abu Syamah dan lain-lain kitab Tarikh.

11) Berlaku peperangan dengan golongan Tatar (Monggol).
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu memerangi at-Turk, mata mereka sepet, mukanya kemerah-merahan, hidungnya tidak mancung, seolah-olah muka mereka seperti perisai (lebar mukanya)…..". Soheh Bukhari & Muslim. Rujuk kitab (al-Bidayah Wan Nihayah) tahun 656 Hijrah.

12) Hilangnya sikap amanah daripada hati manusia.
Nabi bersabda; "Jika amanah telah tercicir (hilang) maka tunggulah kedatangan kiamat". Soheh Bukhari.

13) Mengikuti ajaran-ajaran umat dahulu kala.
Daripada Abu Hurairah Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku mengambil daripada apa yang telah diambil oleh kurun sebelum mereka, satu jengkal demi satu jengkal dan satu hasta demi satu hasta", kemudian ditanya; "Ya Rasulullah, seperti Parsi dan Rom?" Nabi menjawap; "Siapa lagi kalau bukan mereka". Soheh Bukhari.

14) Ibu-ibu yang melahirkan tuannya.
Dalam hadis Jibril yang panjang Nabi menyebutkan; "Aku akan beritahu tanda-tandanya (kiamat), jika seorang amah melahirkan tuannya". Soheh muslim.

15) Berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
Nabi bersabda; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam, telanjang dan faqir dan pengembali kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi". Soheh Muslim dan sila rujuk syarah.
Dalam satu riwayat; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam (tidak berkasut), lapar dan miskin yang dulu mereka adalah ketua-ketua manusia. Maka yang demikian adalah tanda-tanda kiamat dan syarat-syarat kedatangannya". Kemudian Nabi ditanya; "Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang engkau gambarkan itu". Nabi menjawab; "orang-orang Arab". Hadis disohehkan oleh al-Bani.

*Warna  = Tanda-tanda yang telah berlaku dan sudah selesai.
*Warna Hijau = Tanda-tanda yang telah berlaku tetapi akan terus berlaku
.
1) Tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.
Daripada Abil Ja'di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; "Assalamualaik ya Ibnu Mas'ud". Abdullah bin Mas'ud berkata; "Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja." Riwayat ibnu Khuzaimah dan disohehkan oleh Albani dengan jalan yang lain.
2) Bercambahnya bisnes dan perdagangan.
Nabi bersabda yang bermaksud; "Di antara hampirnya kedatang kiamat, memberi salam hanya kepada orang tertentu, banyaknya perniagaan sehingga wanita membantu suaminya dalam perniagaan, memutuskan silaturrahim, persaksian dusta, menyembunyikan kebenaran, dan munculnya pena". Riwayat Imam Ahmad dan dihasankan oleh Syuaib Arnaout.
3) Saksi-saksi pendusta.
Betapa ramainya umat islam yang sanggup menjadi saksi-saksi palsu kepada kes-kes mahkamah? Semata-mata kerana wang ringgit ataupun kemasyhuran?
4) Menyembunyikan persaksian yang hak.
Tidak ramai yang sanggup menjadi saksi kepada perkara-perkara yang benar. Samada kerana takutkan ugutan dan ancaman ataupun kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko yang difikirkan negetif. Persaksian yang hak juga melibatkan bab-bab keagamaan. Ulama tidak berani menyatakan yang benar. Menyembunyikan fakta dan hakikat dengan alasan mahu menjaga hati majoriti umat islam kononnya.
5) Tersebarnya kejahilan.
Nabi bersabda; "Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang tidak tahu apa itu solat, tidak tahu apa itu puasa, dan tidak tahu sedekah". Riwayat Tobrani.
6) Ramainya orang-orang yang bakhil.
Nabi menyebut; "…Masa akan saling hampir, kerja semakin berkurangan, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau, dan banyaknya pembunuhan". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
7) Tersebarnya perkara-perkara keji.
Yang dimaksudkan perkara-perkara keji ialah, kata-kata kesat, lucah dan cercaan dan sebagainya yang memalukan. Nabi bersabda; "Demi yang diri Muhammad ditanganNYA, tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terzahirnya perkara keji….."Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan disohehkan oleh Albani.
8) Kekayaan hanya berlegar disekeliling orang-orang kaya dan pemimpin sahaja.
Lihat surah al-Hasyar ayat 7. Nabi menyatakan; "Jika harta hanya diambil oleh orang-orang tertentu sahaja…". Hadis riwayat Tirmizi tetapi pada sanadnya terdapat perbahasan.
9) Mempelajari ilmu bukan kerana Allah.
Nabi menyebut; "….dan mempelajari bukan kerana tujuan agama,….."Tirmizi.
10)Para suami lebih mentaati isteri berbanding ibunya sendiri.
Realiti yang berlaku sekarang lebih parah apabila terdapat manusia yang sanggup menderhakai ibu bapa semata-mata ketakutan mereka kepada isteri masing-masing.
11) Orang yang paling jahat & hina menjadi pemimpin.
Nabi menyebut; "Jika disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka nantikanlah kedatangan kiamat". Dalam sunan Tirmizi Nabi menyatakan; "………….dan yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina dikalangan mereka,…."
12) Penghalalan sutera, arak dan muzik-muzik.
Nabi menyebut; "Akan ada dikalanga umatku satu kaum yang menghalalkan hir (kemaluan, iaitu zina), sutera, arak dan muzik". Menghalalkan zina boleh sahajaa ianya dikaitkan dengan nikah mut'ah, sutera diharamkan kepada golongan lelaki tetapi ianya mula dipakai dan digilai oleh orang-orang lelaki. Arak dan muzik boleh difikirkan dan diketahui sendiri oleh para pembaca.
13) Bercita-cita dan berharap agar cepat dimatikan.
Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan lelaki maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya" Muttafaqun Alaihi.
14) Perhiasan-perhiasan melampau di masjid.
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga di masjid-masjid". Riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah dengan sanad yang soheh.
15) Bertambahnya kes orang yang mati disambar petir.
Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda; "Bertambah banyak petir ketika hampir kepada hari kiamat sehingga seorang pembesar kaum dating dan berkata; "Siapa yang telah mati disambar petir dikalangan kamu semalam?". Lalu mereka menjawap, telah disambar petir Fulan, Fulan dan Fulan. Hadis riwayat Imam Ahmad akan tetapi pada sanadnya seorang rawi "Dhaif" bernama Muhamad bin Mus'ab.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...