Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Wednesday, June 8, 2011

KISAH PENGAJARAN ORANG YG MENGKHIANATI ISLAM


Mustafa Kamal Ataturk,seorang lelaki yang dikatakan lahir hasil dari hubungan haram ibunya,hidup dalam suasana yang sangat teruk.Sikap busuk hatinya jelas dizahirkan seawal zaman persekolahannya.Sering bergaduh,mencetus huru-hara dan sebagainya.
Pada awalnya dihantar ke sekolah agama oleh bapanya,namun ibunya memindahkannya ke sekolah biasa yang sekular.Bukan sahaja mencipta permusuhan sesama rakan,bahkan guru-gurunya turut dibenci dan diajak bermusuhan..

Saya terfikir,karekter Ataturk ini di lihat semakin berkembang biaknya di sekitar kita.Umat
Islam agaknya sudah lupa siapakah dan apakah punca Khilafah Islamiyah dijatuhkan..bila kita
teliti semula,sikap Ataturk seawal usia persekolahan begini dan akhirnya menggadaikan dan
merobek kerajaan Khilafah Uthmaniyah,boleh kah dibayangkan generasi muda sekarang ini,yang dilaporkan di media sangat-sangat begitu menakutkan..remaja memecahkan kereta guru,guru dipukul,Allahuakbar..Bergetar jiwa saya..Apakah sejarah ini akan berulang??
Sikap Ataturk ini sejak kecil dibenci oleh rakan-rakannya.Namun ia tak menghalang Ataturk
untuk terus bersikap biadap dan membabi buta kepada semua yang berada di sekitarnya.
Ataturk terus menyambung pengajiannya di sekolah tentera dan akhirnya lulus dan dijadikan
sebagai tentera..Bermula di sinilah,peranan Ataturk jelas menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah
secara tersusun..Melalui beberapa perancangan jahat dan strategi-strategi busuk Ataturk,akhirnya beliau di lantik menjadi pemimpin tertinggi tentera..Di sinilah peranan beliau jelas..Mejatuhkan kekuatan Khilafah Islamiyah secara terancang..Berpakat dengan tentera Inggeris,menjadi boneka Yahudi,menggunakan Islam yang ada pada beliau dengan mengkhianati penduduk Islam Azerbaijan..dan berbagai-bagai lagi tindakan kejamnya terhadap Islam.

Akhirnya,tanggal 23 Mac 1924,Khilafah Uthmaniyah dihapuskan..oleh tangan-tangan pengkhianat agama..Beliau dilabelkan oleh Barat sebagai Bapa Pembangunan Moden Turki sebenarnya adalah pengkhianat kepada seluruh umat Islam..

Kesan-kesan daripada pemerintahan Ataturk Laknatullah ini,akhirnya menyebabkan :
1) Sistem Khalifah terhapus
2) Umat Islam dipisahkan dari agama dengan pensekularan sistem.
3) Bahasa Arab dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Latin (masyaAllah,di Malaysia sudah berlaku,tulisan jawi dihapuskan dan menyebabkan ramai orang Islam sudah tidak pandai mengaji al-Quran)
4) Azan ditukarkan kepada bahasa Turki.
Tindakan Ataturk yang menghina Islam dan dosanya menghapuskan Khilafah Uthmaniyyah dibalas oleh Allah di atas dunia ini lagi..Dia mati dalam keadaan perut membusung,darah yang tidak berhenti mengalir dari hidungnya,dan pelbagai azab yang Allah berikan kepadanya.Bahkan di saat beliau nazak,sempat lagi menunjukkan egonya dengan meminta supaya tidak disembahyangkan.Akhirnya,beliau pergi meninggalkan dunia setelah menderita azab yang Allah berikan dalam keadaan tidak diterima bumi dan dilaknat oleh penduduk langit dan bumi..

Lihatlah sekarang,wahai saudaraku,sejarah itu wujud adalah untuk dijadikan ibrah dan
pengajaran kepada kita pada hari ini.Hidup tanpa mengamalkan Islam,lebih-lebih lagi,menjadi
pengkhianat kepada Islam,ditunjukkan oleh Allah bukan di akhirat sahaja,bahkan di dunia
sudah dipertontonkan untuk diambil iktibar.
Wahai saudaraku,di bahu kita ada tugas yang perlu dilaksanalan, tugas kita untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyah di atas muka bumi ini.Tingkatkan kualiti Islam dalam diri kita,jadikan ianya sebagai budaya seharian.Turun dan berdakwahlah secara fardiyyah atau jam`iyah..dan kita doakan usaha saudara kita di Turki,Erdogan dan Abdullah Gul dalam usaha mereka membawa Islam di pemerintahan mereka berjaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...