Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Tuesday, May 17, 2011

PERBUALAN RASULULLAH DGN IBLIS LAKNATULLAH.







Kisah  Perbualan  Antara  Junjungan  Besar Nabi Muhammad s.a.w Dengan 
IblisLaknatullah


Soalan Nabi s.a.w :  "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab  Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w :  "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab  Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa  pelindung  syaitan,  maka  hamba  gosok-gosokkan  Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan  Nabi  s.a.w  :  "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab  Iblis:  "Jika  Umat  Tuan  hendak  bersetubuh dengan isterinya Serta
membaca  doa  pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak
hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba
dengan benih isterinya.

Jika  menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas
pada  kebaikan,  durhaka.  Ini  semua  kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.
Begitu  juga  jika  mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang 
dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab  Iblis:  "Jika  dia  berbuat  dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah,  menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil
air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis!Siapa  pula  yang  bersekutu  dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab  Iblis:  "Iaitu  apabila  bertemu  lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba  duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya
dengan   jelingan   dan  senyuman  yang  menarik  hati.  Apabila  dipandang
belakangnya  maka  terpandang  lehernya  yang  halus  dengan  pinggang dan
punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala  di  pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua  kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya  atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya.  Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya).  Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab  Iblis:  "Iaitu  pada  rumah-rumah  berhala  dan pada batu, Kayu dsb.Apabila  mereka  menyembah  selain  daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat  tuan  yang  telah  hamba  pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab  Iblis:  "Iaitu  orang  yang  tidak  bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat  dosa  itu.  Ya  Nabi  Allah  !  Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia  dengan  mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa  sukanya  hamba,  tiba-tiba  mereka  itu  mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba,  kerana  pada  masa  hamba  dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas  umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian  bani  Adam  daripada  kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya
:  "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh  untuk  menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai
jalan  maksiat.  Selama  ada  nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba
jadikan  pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah
di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai  Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu !Bahawa  Aku  sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".

Maka  kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1.Mereka  itu  mengaku  kasih  kepada  Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu,
Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;Kasih  mereka  kepadaKu,  Aku  jadikan  kaffah  (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka  Marah  mereka  kepada engkau (IBLIS)  Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah  itu  Rasulullah  SAW  pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...