Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Thursday, May 5, 2011

BAGAIMANA MEYAKINKAN MANUSIA



Sifat manusia ingin melihat bukti.Nabi Ibrahim a.s. memohon kepada Allah s.w.t. untuk melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan benda mati. Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah untuk melihat wajah Allah. Mengapa mereka mahu melihat bukti, apakah mereka tidak percaya?. nabi Ibrahim hendak melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan yang mati kerana hendak menenangkan hatinya.
.
Isra' Mi'raj
.
Isra' dan Mi'raj merupakan peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. diperjalankan dan diangkat oleh Allah s.w.t. ke langit. Nabi s.aw. diperjalankan dari Makkah ke Baitul Maqdis yang jauhnya lebih kurang 1000 km dan naik ke Sidratul Muntaha dilangit ke tujuh. Peristiwa ini merupakan perkara yang berbentuk sam'iyat (di khabarkan) oleh Allah dan Rasulnya dalam al-Quran dan Hadith. Ia tidak dapat dibuktikan dengan akal manusia, dan ia merupakan ujian keimanan.
.
Dalam peristiwa tersebut apabila Nabi Muhammad s.a.w. kembali ke Makkah pada malam itu, Nabi menceritakan kesah tersebut kepada orang -orang Quraish yang sebahagiannya telah beriman kepada Rasulullah s.a.w. Peristiwa tersebut berlaku pada zaman awal Islam, selepas Nabi Muhammad s.a.w. kematian Siti Khadijah dan Abu Tholib. Mereka yang beriman kepada Nabi merupakan orang-orang yang baru menganut Islam. Apabila nabi menceritakan kesah ini, oleh sebab peristiwa Isra'Mi'raj ini sesuatu yang tidak dapat difikir oleh akal manusia, maka ramai yang riddah (keluar dari iman) dan mereka menjadi murtad. Mereka mengatakan bahawa Nabi Muhammad gila! Apabila berita ini sampai kepada Abu Bakr, dia berkata "Aku percaya walau apa sahaja yang disebut oleh Muhammad sebab Muhammad tidak pernah berbohong!" Orang-orang Quraish meminta bukti kepada Nabi bahawa Nabi memang benar-benar pergi malam tersebut dengan menyoal perkara yang berkaitan dengan Masjid Aqsa, Ketika itu Allah s.a.w. membantu Nabi dengan mempertontonkan kepada Nabi secara terperinci Masjidil Aqsa dan Nabi Menjawab dengan tepat semua soalan orang-orang Quraish. Peristiwa ini ada pengajarannya:
.
1. Sukar untuk manusia yakin dengan perkara Sam'iyat.
2. Manusia memerlukan bukti.
3. Allah membantu Nabi untuk meyakinkan manusia.
4. Saidina Abu Bakar yakin kepada peristiwa tersebut bukan kerana peristiwa ini boleh difikirkan oleh akal manusia, tetapi adalah disebabkan keyakinan beliau kepada Nabi Muhammad s.a.w. ya
ng tidak pernah berbohong.



Hasil Kajian
.
Kajian yang dibuat diperingkat sarjana menunjukkan wujud perbezaan yang besar amalan pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa semasa di sekolah lebih dari 95% pelajar tidak pernah meninggalkan sembahyang (solat) dengan sengaja dan apabila balik ke rumah peratus ini merosot sehingga ke paras di bawah 50%, Begitu juga dengan kewjiban menutup aurat. Di sekolah semua pelajar menutup aurat ketika keluar dari asrama (pelajar perempuan) tetapi apabila balik ke rumah, peratus ini juga merosot di bawah 50%. Ini menjadi satu petunjuk bahawa pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar belum mampu menjadikan mereka melaksanakan ajaran Islam.

Mengapa Ibadah


Antara syariat (peraturan Allah) yang perlu ditekankan terlebih dahulu dalam tarbiyyah dan pendidikan anak-anak ialah solat. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menekankan perkara ini. "Ajarlah anak kamu solat apabila ia berumur 7 tahun". Ibadah seperti solat dan puasa boleh mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran. Ini seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. Surah al-Ankaboot:45
.
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...