Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Monday, April 18, 2011

PENJAGAAN RAMBUT BAGI WANITA BERTUDUNG


1: Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu. tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.
  
2: Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda dengan kasar.

3: Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

4: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5: Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6: Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7: Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8: Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9: Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah  rosak.

10: Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...