Diceritakan oleh: Ustaz Haron Ibrahim
INGATKAH anda dengan kejadian bot yang membawa pendatang asing tanpa izin karam berhampiran pantai Morib beberapa tahun lalu? Kalau anda masih ingat, dalam kejadian itu berpuluh-puluh orang pendatang asing telah mati lemas, terapung dan bergelimpangan
di laut serta pantai berdekatan.
Alhamdulillah, akibat daripada kejadian tersebut, saya telah ditemukan Allah dengan satu jenazah yang cukup menginsafkan. Mayat berkenaan menyerupai khinzir, binatang yang hina dan haram di sisi Islam. Nauzubillah.INGATKAH anda dengan kejadian bot yang membawa pendatang asing tanpa izin karam berhampiran pantai Morib beberapa tahun lalu? Kalau anda masih ingat, dalam kejadian itu berpuluh-puluh orang pendatang asing telah mati lemas, terapung dan bergelimpangan
di laut serta pantai berdekatan.
Sejak kira-kira 15 tahun menjadi pegawai menguruskan jenazah dengan Pejabat Agama Islam, itulah kali pertama saya bertemu dengan mayat sedemikian rupa. Cukup menginsafkan.
Mayat itu umumya dalam lingkungan 20-an hingga 30-an. Dia dijumpai di pantai Morib, tak tau pula siang atau malam. Kita pun tak tahu sama ada dia pendatang asing atau penduduk tempatan sebab tak ada waris yang menuntut.
Apabila polis atau Hospital Klang beitahu kami ada mayat yang tak ada waris di sana, saya pun pergi uruskan. Hari itu saya pergi bertiga, tapi dua orang pembantu saya ini bukan pembantu yang biasa. Mereka adalah kakitangan Pejabat Agama Islam Klang yang hendak belajar menguruskan jenazah.
Ceritanya begini. Semasa hendak pergi ke Hospital Klang dua kawan saya tadi kata nak ikut saya menguruskan jenazah sebab mereka nak belajar.
"Baguslah," kata saya. "Boleh jadi pelapis saya. Saya pun dapat kembangkan ilmu," tambah saya lagi Selepas semua urusan siap, kami pergi ke Hospital Klang. Masa itu kami tak tahu lagi mayat tadi menyerupai khinzir.
Apabila diserahkan mayat itu kepada saya, saya pun bukakan kain yang menutupnya. Maha Suci Allah...apabila ternampak saja mayat itu, kami semua terkejut.
Benarkah ini mayat manusia?
Yang luar biasanya pada mayat tersebut ialah muncungnya macam khinzir. Nauzubillah. Muncungnya dumpu,betul-betul macam muncung khinzir. Susah nak dijawab macam mana bibir mayat itu boleh terpanjang sikit dan di hujung bibirnya itu seperti mengembang seperti muncung khinzir. Cuma Allah yang tahu jawapannya.
Selain itu, matanya terbuka sedikit dan mata hitamnya terjegil. Melihat matanya saja sudah menyeramkan. Bukan itu saja, tangannya lurus macam kaki haiwan yang sedang berdiri. Begitu juga dengan kakinya yang dalam keadaan menegak. Bukanlah tegak betul, tapi ia condong sedikit ke depan. Tambahan pula kepalanya seperi sedang mendongak. Jadi kalau kita tegakkan mayat itu, ia jadi macam khinzir yang sedang menyondol.
Sesuatu yang saya rasa pelik ialah kalau kita hendak katakan mukanya, bibirnya jadi macam muncung khinzir disebabkan lemas, tidak mungkin sebab mayat lemas tidak akan berubah rupa sampai macam itu sekali. Saya sudah mandikan banyak mayat orang mati lemas, tapi belum pernah saya bertemu dengan mayat yang menyerupai khinzir. Baunya pula, cuma Allah saja yang tahu macam mana
busuknya. Bau itu kalau Allah tak beri kelebihan pada saya untuk menghadapinya, memang tak mampu saya hendak uruskan jenazah itu.
Apabila saya buka saja kain yang menutup jenazah tadi, keluar bau yang amat busuk. Dua orang kawan yang saya bawa tadi termuntah, terus keluar bilik. Baunya ... masya-Allah. Nak kata jenazah tadi bau khinzir tak tahulah sebab saya tak pernah pergi ke kandang khinzir, tapi memang sebusuk-busuknya.
Mayat yang mati lemas tak kan berbau busuk seperi ini. Tapi alhamdulillah, oleh kerana saya ada guru, saya bacalah doa-doa yang diajarkan. Saya baca Subhanallah walhamdulillahi walaila haillallah hu wallah huakbar. Wala haulawala quwwatailla billa hil aliyul azim dan beistighfar banyak-banyak.
Melihatkan keadaan mayat yang sedemikian rupa, saya berdoa kepada Allah minta diampunkan dosa saya dan dosa si mati. Sebagai umat Islam, janganlah sekali-kali kita keji atau caci mayat sebab itu urusan dia dengan Allah. Berdoalah seperti, kasihanilah dia ya Allah. Jangan jadikan dia orang yang rugi ya Allah. Dia lemah, ampunkanlah dia ya Allah.
Kita doakan dia yang baik-baik. Sama ada kita tahu atau tidak apa yang dia buat semasa hidupnya, kita serahkan kepada Allah. Biar Allah yang menentukannya. Walaupun kita bukan anak soleh kepada si mati, kita doakan juga kepada dia. Ini penting kepada semua orang. Janganlah apabila terjumpa dengan mayat yang aib, kita terus menyangka buruk dan menghinakan lagi mayat itu.
Allah itu Maha Agung. Setiap hamba-Nya yang ingkar pasti akan menerima balasan. Sama ada di dunia atau akhirat, balasan tetap akan diterima.
Semasa memandikan mayat tersebut, saya mengalami banyak kesukaran sebab jenazah itu keras sikit. Bagi menghadapi situasi tersebut dan bau jenazah yang busuk, saya gunakan petua yang saya belajar daipada guru-guru saya. Caranya ialah, saya pegang mayat itu dan kata, wahai... (sebutkan nama jika diketahui) jangan kau ganggu aku. Aku tidak ganggu kamu dan aku buat pengurusan yang disuruh oleh Allah. Lepas itu bau busuk tadi saya sedut sedalam-dalamnya dan terus telan. Itulah sekali saya mencium bau mayat berkenaan. Lepas itu saya tak bau lagi. Itulah petua yang saya belajar dan amalkan selama ini.
Oleh sebab kawan yang saya bawa tadi termuntah-muntah dan keluar bilik, maka saya kenalah uruskan jenazah tersebut seorang diri. Seperti yang saya katakan, mayat ini sudah keras. Untuk melembutkannya supaya mudah dimandi serta dikapankan, saya gunakan petua yang saya belajar.
Kita ada cara nak lembutkan tangan dan kaki mayat. Caranya ialah kita seru namanya dan usik sendi-sendinya. Mayat ini hakikatnya roh dia ada bersama-sama. Jadi kita serulah pada rohnya, wahai...{nama simati jika diketahui) lembutkanlah tangan kamu. Saya nak uruskan kamu. Kalau dia mau lembut, lembutlah. Kalau tidak, tidaklah.
Entah apa kesalahan si mati, cuma Allah yang tahu.Mayat yang ini tak mau melembutkan jasadnya. Saya kata, kalau kamu tak hendak lembutkan badan kamu, terserahlah kepada kamu. Kamu hendak macam itu, saya hantar kamu macam itu juga. Lepas saya berkata demikian, barulah tangan dia lembut sedikit Itu pun turun sikit saja.
Kerana keadaan jasad yang sebegitu rupa, kami terpaksa gunakan kain kapan yang lebih lebar daipada biasa. Kain yang saya gunakan berukuran 150 sentimeter lebar. Biasanya 130 sentimeter saja. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang ganjil berlaku
masa mayat itu dikebumikan. Tapi liang lahadnya kita kena besarkan sedikit sebab tangan dan kakinya menegak.
Sayang sekali saya tak tahu siapa si mati, apa kesalahan yang pernah dilakukan serta bagaimana hidupnya dahulu. Tapi cuma satu yang kita perlu ingat, Allah itu Maha Berkuasa dan seiap apa yang kita lakukan tidak pernah terlepas daipada perhatian-Nya.
No comments:
Post a Comment