Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Wednesday, April 6, 2011

JANGAN LAMBATKAN SEMBAHYANG...



Di sebuah kampung, ada sebuah surau yang agak usang. rumput dan lalang agak tinggi menghiasi suasana keliling surau tersebut. suasana itu menimbulkan perasaan gerun dan menakutkan bagi penduduk kampung. malahan, sejak kebelakangan itu juga mula kedengaran cerita2 yang menakutkan mengaitkan dengan surau berkenaan.


ali adalah seorang runner untuk sebuah firma guaman. pada hari itu dia dikehendaki menghantar surat saman kepada salah seorang penduduk kampung itu. dia tiba di kampung berkenaan pada jam 430 petang dan kebetulan azan asar sedang berkumandang. namun ali berniat untuk sembahyang asar selepas menghantar surat berkenaan. namun malang menimpa, motorsikalnya mengalami kerosakan dan mengambil masa hampir sejam barulah berjaya dibaiki. kemudian, bak jatuh ditimpa tangga, rupanya rumah penerima surat itu pula agak jauh ke pedalaman dan mengambil masa sejam lagi untuk sampai. 

selesai sahaja urusannya, ali melihat jam ditangannya. dan sekali lagi dia terkejut kerana jam menunjukkan 5 minit lagi ke jam 7 malam. maka dia pun segera memecut motorsikalnya sambil matanya meliar mencari surau yang berdekatan untuk bersembahyang asar. dan saat itulah dia terlihat surau yang agak menakutkan itu tadi. walaupun timbul perasaan takut di hatinya, namun mengenangkan kewajipan yang masih belum ditunaikan, ali memberanikan dirinya bersembahyang di surau berkenaan..

semasa dia sujud untuk rakaat yang pertama, ali sudah mulai merasakan ada gangguan. lehernya terasa berat seolah2 ada batu besar menindih kepalanya. namun ali tetap meneruskan solatnya. masuk rakaat kedua, kedengaran suara tertawa pula dibelakangnya dan tindihan batu di setiap kali sujud masih tetap dirasakannya. perasaan takut ali semakin bertambah jadi. namun dia tetap meneruskan juga solatnya....dan makin lama suara ketawa itu kedengaran semakin kuat dan semakin ramai....bulu roma ali semakin menegak....

dan akhirnya, ali memberi salam menyudahkan solatnya. tatkala dia ingin menyapu mukanya, dia tersentuh topi keledar yang masih ada dikepalanya. dan pabila ditoleh ke belakang, rupanya suara ketawa itu datangnya dari jemaah surau yang ingin menunaikan solat maghrib. dan ali hanya tersenyum sendiri....:senyum:.... the end.... ceria*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...