Diceritakan oleh Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus.
Bahrulmazi Travel and Tours Sdn Bhd.
Kisah jemaah haji yg hilang atau tersesat semasa berada di tanah suci memang biasa berlaku.Malah saya yang sudah beberapa kali mengerjakan haji dan umrah sering kali mendengar cerita begini. Biasanya jemaah yang sesat pertamanya disebabkan mereka hilang pedoman untuk balik ke hotel penginapan kerana terlupa sesuatu arah,jalan atau bangunan tersebut. Keadaan ini biasanya berlaku kepada mereka yg berjalan tidak membawa teman. Keduanya, jemaah hilang kerana sakit lantas dimasukkan ke hospital.Bagaimana pun, kebanyakan jemaah yg hilang dapat ditemui semula beberapa hari kemudian dengan bantuan Tabung Haji dan agensi atau pulang sendiri ke hotel peginapan. Tetapi kisah kehilangan seorang jemaah lelaki pada musim haji kira-kira 7 tahun lalu agak aneh. Jemaah ini biar saya namakannya sebagai Ahmad baru pertama kali menunaikan fardu haji. Selepas beberapa hari berada di tanah suci, Ahmad teringin berjalan-jalan di sekitar Kota Makkah. Mula-mula dia cuba mempelawa rakan-rakannya untuk pergi tetapi tiada siapa yg ingin mengikutnya. Memanglah tujuan seseorang pergi menunaikan fardu haji bukan untuk berjalan-jalan makan angin, melancong atau membeli belah tetapi untuk beribadat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Tetapi Ahmad ini hobinya suka berjalan-jalan.Sebaik selepas sembahyang, tawaf atau sai dia lesap entah ke mana.Apabila ditanya: "Awak pergi ke mana dua tiga hari ni tak nampak batang hidung?" Dengan tersenyum simpul dia menjawab: "Eh tak pergi mana-mana. Saya ada. Tadi pergi berjalan-jalan sekejap."
Lama-kelamaan hobinya berjalan-jalan semakin mengasyikkan. Dari Kota Makkah dia merayau-rayau sehingga keluar kota sampai ke padang pasir.
Suatu hari rakan jemaah melaporkan si Ahmad ini pernah tidak balik-balik. Apabila tiba waktu makan, Ahmad pun tidak makan.Begitu juga rakannya bersungut Ahmad tidak balik tidur di hotel penginapan. Ke mana Ahmad pergi merayau-rayau tiada siapa yang tahu sebab apabila keluar dia tidak pernah memberitahu sesiapa. Bagi Ahmad Kota Makkah dianggap seperti kampung halamannya. Semuanya dilakukan mengikut sesuka hatinya. Apabila Ahmad rasa hendak pergi berjalan-jalan dia terus keluar seorang diri tanpa diketahui jemaah.
Apabila dia balik pelbagai cerita dibawanya. "Eh..best betullah aku pergi padang pasir tadi.Tengok orang Arab Badwi ternak kambing. Banyak kambingnya, "ceritanya seperti menunjuk-nunjuk. Akhirnya pada suatu hari Ahmad benar-benar tidak pulang lagi.Setelah masuk hari ketiga rakan-rakannya mulai risau. Sejak kehilangan Ahmad, rakan-rakan jemaah dan saudara-maranya turut termenung apabila memikirkan perihalnya tidak pulang semula ke hotel penginapan. Ramai rakan-rakan jemaah yang serombongan dengan Ahmad tertanya-tanya berita kehilangannya.Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari Ahmad tetapi tidak berhasil.

Bagaimanapun rakan jemaah tidak menolak kemungkinan Ahmad tersesat kerana hobinya suka merayau-rayau hingga ke padang pasir. Memang menghairankan jika seseorang hilang tanpa dapat dikesan. Jika jemaah hilang biasanya ada laporan dari mana-mana hospital atau Tabung Haji. Yang peliknya rakan-rakan jemaah memberitahu semua beg pakaian, kain ihram dan pasport antarabangsa tidak dibawa sebaliknya ditinggalkan dalam biliknya.Kehilangan Ahmad juga menjadi bualan di kalangan jemaah lain. Biasanya seseorang jemaah yang hilang dalam lingkungan Kota Makkah dijumpai semula sehari atau dua hari kemudian. Bagaimanapun kehilangan Ahmad selama seminggu masih tidak dijumpai telah menimbulkan tanda tanya.
Setelah rakan-rakan jemaah penat mencarinya di segenap ceruk pelosok Kota Makkah akhirnya pada suatu hari
mereka dikejutkan apabila menerima panggilan dari tanah air. Rupa-rupanya Ahmad yang menelefon dari Malaysia. "Saya sihat ni, dah balik ke Pahang," dia memberitahu.
Dalam perbualan itu Ahmad meminta maaf kerana kehilangannya telah menyusahkan rakan-rakan dan sahabat taulannya. Menurut cerita Ahmad, dia pulang ke Malaysia bukan menaiki kapal terbang atau kapal laut tetapi berjalan kaki mengikut sebuah lubang di padang pasir semasa berada di tanah suci. Yang anehnya dia tersesat di padang pasir tetapi boleh muncul semula di kampung halamannya di Pahang.
Ahmad bercerita, semasa berjalan-jalan seorang diri melihat keindahan alam dan kesibukan Kota Makkah tanpa disedari perjalanannya melewati sehingga ke luar Kota Makkah. Kemudian dia berjalan lagi hingga akhirnya tiba ke sebuah padang pasir dan tersesat jalan. Dia cuba mencari jalan pulang tetapi gagal. Kemudian Ahmad meneruskan perjalanan lagi sehingga semakin jauh tersesat. Setelah merasa kepenatan tiba-tiba Ahmad ternampak satu lubang besar di tengah padang pasir itu.Berhampiran lubang berkenaan terdapat seseorang yang melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Orang itu seterusnya mengajak Ahmad memasuki lubang itu.Disebabkan tiada ikhtiar lain untuk pulang Ahmad mengikut lelaki itu memasuki lubang tersebut dengan harapan dapat pulang semula ke hotel penginapan. Semakin jauh dia berjalan terasa perjalanannya begitu asing seolah-olah bukan lagi di kawasan padang pasir.

Akhirnya Ahmad menemui sebuah perkampungan di bawahnya. Ahmad kemudiannya terjumpa seorang lelaki yang mempunyai keluarga dan rumah-rumah penduduk di bawah sebuah terowong bawah tanah. Selepas melewati rumah berkenaan, Ahmad menemui sebatang jalan raya. Jalan raya itu dikelilingi pepohon kayu seperti yang pernah dilihatnya di kampung halamannya di Pahang.
Rupa-rupanya jalan raya yang dilalui Ahmad ialah jalan yang biasa digunakannya untuk balik ke kampung. Melalui jalan tersebut Ahmad terus pulang ke rumahnya. Bagaimana dia boleh balik dalam keadaan begitu hanya Allah sahaja yang maha berkuasa.Padahal waktu itu Ahmad cuma berhasrat untuk berjalan-jalan di Kota Makkah.Yang menghairankan siapakah lelaki yang membawanya masuk ke dalam lubang di padang pasir itu..??? Jinkah.?? Ibliskah.?? Atau malaikat..?? Jangan tanya saya.Sesungguhnya tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya dengan tepat kecuali Allah SWT jua. Memang cerita ini pelik dan aneh tetapi ia tidak mustahil berlaku di kota suci.Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua. Semasa saya berceramah di Makkah baru-baru ini tentang kejadian pelik dan ajaib yang berlaku di tanah suci. Pada mulanya jemaah haji dari Malaysia meragui kesahihan cerita-cerita seperti ini.
Bagaimanapun jemaah mula percaya setelah saya maklumkan dan yakini bahawa cerita aneh yang berlaku di tanah suci ini bukan cerita rekaan untuk menakutkan sesiapa sebaliknya kejadian benar yang diceritakan sendiri oleh jemaah terbabit.Bagi saya walau apa pun pekerjaan yang kita lakukan yang penting nawaitu kita mesti betul. Apatah lagi mesti betul semasa mengerjakan haji.
Nasihat saya, sebagai tetamu Allah sewajarnya sebelum kita berangkat ke tanah suci,awal-awal lagi hendaklah kita berniat: Bahawa aku pergi ke Makkah ini hanyalah untuk mengerjakan haji, bukan berniat untuk berjalan-jalan atau melancong dan sebagainya. Bagi saya jika hasrat seseorang itu bukan untuk beribadat tetapi berjalan-jalan di Kota Makkah maka kesudahannya dapatlah setimpal dengan apa yang dikerjakan tetapi terlepas peluang untuk beribadat dan menunaikan fardu haji.
"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah SWT memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."... -Surah asy-Syura 42: 30
Sabda Rasullullah s.a.w: Sesungguhnya dari hak seorang Islam ialah menasihati baginya apabila ia ghaib (tiada bersama dengannya).

No comments:
Post a Comment