Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Friday, April 22, 2011

ADAB TERHADAP AL-QURAN


al quran
antara adab-adab terhadap Al-Quran :-
  1. Beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian al-Quran adalah keunggulan yang tertinggi.
  2. Merupakan mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W.
  3. Berwudhu’ terlebih dahulu sebelum membaca atau mengambil mushaf al-Quran.
  4. Mengambil dengan menggunakan kedua tangan secara sopan.
  5. Membawa al-Quran dengan tangan kanan serta ditinggikan melebihi dari paras pusat.
  6. Meletakkan al-Quran di tempat yang lebih tinggi dari tempat kaki berpijak/lantai.
  7. Membaca dalam keadaan suci daripada najis .
  8. Duduk menghadap Qiblat jika suasana memungkinkan.
  9. Membuka mushaf dengan tangan kanan.
  10. Memakai pakaian yang menutup aurat, cantik, kemas dan bersih.
  11. Memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
  12. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  13. Elakkan dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran.
  14. Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca al-Quran.
  15. Berada dalam keadaan tenang dan duduk dengan penuh tertib.
  16. Berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca dan mengamalkannya.
  17. Menjaga hak setiap huruf sehingga jelas dan betul sebutannya.
  18. Membaca mengikut tertib mushaf.
  19. Berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap.
  20. Membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.
  21. Memulakan bacaan dengan isti’azah dan disudahi dengan membaca : صَــدَ قَ الـلّـــــــــهُ الْــعَــظِــيْـــمُ
  22. Tutup al-Quran dengan tangan secara sopan dan mengembalikannya ke tempat yang terhormat dan bersih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...