Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Thursday, March 17, 2011

SOLAT AKHIR WAKTU!!!


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita ya .. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya..Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya..

Nak tahu kisahnya..?

Setiap kita ada malaikat.. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita, ia akan melalui tol-tol di setiap lapisan langit, dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga..

Jika sembahyang di awal waktu, tolnya free.. Sekatan tol tiada.. Tiada jem.. Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan..

Tapi..Jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya.. MasyaAllah....
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita..Kenapa lewat poskan amalan kita..Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan..

Tetapi, penjaga langit pertama tidak hairan..Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi..

Maka..Jatuh berderai.. Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua..

Dilangit kedua, samalah juga.. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan..Merayu lagi kawan kita.. Tak dipedulinya.. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi..Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita..Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan..

Dilangit ketiga..Laa.. Kena basuh lagi malaikat posmen kita..Kenapa lewat hantar amalan tersebut.. Tiada kompromi.. Terus dibaling amalan kita.. Jatuh berderai amalan kita..Tak ada nilai.. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi..


Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah-olah kita tak sembahyang juga..Maka, bersedialah kita menerima pembalasannya.. Jika tidak di dunia di akhirat pula.. Hilang duit, hati risau.. Tender ditolak, ujian bertimpa-timpa..

Ishh... Tak berbaloi kan kita buat amal.. Tapi tak sampai.. Dahlah tu, tak ada nilai.. Kena azab lagi nanti..

**Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 semua**

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...