Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Friday, March 25, 2011

MERACUN IBU MERTUA..





Seorang wanita bernama Lili baru sahaja berkahwin dan tinggal bersama suami serta ibu mertuanya..Dalam masa yang singkat, Lili mendapati bahawa hubungan antara dirinya serta ibu mertua agak dingin..

Perwatakan mereka jauh berbeza, dan Lili seringkali berasa 'bengang' dengan kebanyakan tabiat ibu mertuanya itu..Tambahan pula ibu mertuanya seringkali mengkritik apa sahaja yang dilakukannya..



Hari berganti hari, dan minggu berganti minggu..Lili dan ibu mertuanya tidak pernah berhenti bergaduh dan bertelagah sesama sendiri..

Suami Lili begitu tertekan dengan apa yang berlaku di rumah itu..


Akhirnya, Lili tidak mampu lagi bertahan dengan perangai panas baran dan 'suka mengarah' yang dimiliki ibu mertuanya lagi, dan dia bercadang untuk melakukan sesuatu tentang perkara itu..

Lili berjumpa dengan rakan baik ayahnya, Encik Halim yang menjual ubat2 herba..Dia menceritakan situasi hidupnya dan bertanya jika lelaki itu boleh memberinya sedikit racun agar dia dapat menyelesaikan masalahnya selama2nya..Encik Halim berfikir sejenak, dan akhirnya berkata, " Lili, saya akan tolong menyelesaikan masalah awak, tapi awak mesti dengar pesanan saya dan ikut apa yang saya arahkan..Lili berkata, " Ye, Encik Halim, saya akan buat apa sahaja yang Encik Halim minta saya lakukan."

Encik Halim menuju ke dalam suatu bilik, dan kembali beberapa minit kemudian bersama2 sebungkus ubat herba..

Dia memberitahu Lili,"Awak tak boleh gunakan racun yang bertindak balas dalam masa yang singkat untuk melenyapkan ibu mertua awak, kerana ramai orang yang akan bersa curiga dengan awak selepas itu. jadi, saya akan memeberi awak beberapa ubat herba yang akan menghasilkan kesan racun secara perlahan2 dalam badan wanita itu.

Setiap selang sehari, sediakan makanan2 yang sedap dan letakkan ubat herba ni dalam hidangannya. Sekarang ni, untuk pastikan tiada sesiapa pun yang akan mengesyaki awak apabila dia meninggal dunia, awak mestilah sangat berhati2 dan berpura2 menjadi baik kepadanya. Jangan bergaduh dengan dia, dan layanlah dia seperti seorang permaisuri."


Lili berasa sangat gembira..Dia mengucapkan terima kasih kepada Encik Halim dan bergegas pulang ke rumah untuk memulakan rancangan membunuh ibu mertuanya..Setiap hari selama beberapa bulan, Lili menyediakan makanan yang istimewa untuk ibu mertuanya..Dia sentiasa mengingati apa yang telah dikatakan oleh Encik Halim untuk mengelakkan sebarang rasa curiga, jadi dia mengawal kemarahannya, mematuhi perintah ibu mertuanya, dan melayan wanita itu bagaikan ibu kandungnya sendiri..Selepas 6 bulan berlalu, kehidupan di rumah itu telah berubah sama sekali.

Lili yang telah mula berlatih mengawal kemarahannya, menyedari bahawa dirinya hampir tidak pernah lagi 'naik angin' atau berasa 'bengang' dengan sesiapa..Dia tidak pernah lagi bergaduh aau bertengkar dengan ibu mertuanya selama 6 bulan..Ibu mertuanya juga kelihatan lebih baik dan mudah mesra dengannya..

Sikap ibunya juga berubah terhadap Lili, dan dia mula menyayangi Lili seperti anak kandungnya sendiri..Dia sering memberitahu rakan2nya dan saudara mara bahawa Lili merupakan menantu terbaik yang pernah dijumpainya..Sekarang ini, hubungan antara Lili dan ibu mertuanya begitu baik ibarat hubungan antara seorang ibu dan anak perempuannya..

Suami Lili begitu gembira dengan apa yang dilihatnya..

Suatu hari, Lili menemui Encik Halim untuk meminta bantuan lelaki itu lagi..Dia berkata sambil menangis," Encik Halim, tolonglah saya. Saya tak mahu racun yang saya berikan kepada ibu mertua saya membunuhnya! Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik, dan saya sayangkan dia bagaikan ibu kandung saya sendiri. Saya tak mahu dia mati sebab racun yang telah saya berikan kepadanya."

Encik Halim tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Lili, takde apa yang perlu dirisaukan. Saya tak pernah bagi awak apa2 racun pun. Ubat herba yang saya berikan sebenarnya adalah vitamin untuk meningkatkan kadar kesihatannya. Racun tersebut sebenarnya berada dalam pemikiran dan sikap awak terhadapnya, tapi telah pun dicuci bersih dengan kasih sayang yang awak berikan kepadanya."


Pernah tak kadang2 kita terpikir, layanan kita terhadap seseorang, biasanya begitulah juga layanan orang itu terhadap kita? (tapi kadang2 tak jugak..hehehe)

apa yang penting, biarlah orang melayan kita dengan buruk sekalipun, tapi kita tetap melayan orang tersebut dengan baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...