Me & My WiFe!!
Wednesday, March 30, 2011
DUGAAN BESAR PAK MAT.
Pak Mat (bukan nama sebenar) seperti org-org melayu yg lain diantara mereka yg menyahut cabaran PM kita yg kedua Tun Abdul Razak memasuki Tanah Rancangan Felda...baginya itu saja jalan utk menambah pendapatan dan menyara kehidupan keluarganya lantaran dia sendiripun sekarang hanya bekerja sebagai buruh kasar di Batu Pahat Johor. Jadi panggilan ke tanah Rancangan Felda di Kota Tinggi Johor tidak di lepaskan begitu saja, maka berangkatlah dia bersama isteri dan anak lelakinye ke tanah rancangan felda itu dgn semangat membara utk memajukan kehidupan keluarganya.
Tahun demi tahun ditempohi mereka bersama..Walaupun perit kerana bekerja di ladang kelapa sawit dimamah bahang mentari tapi mereka tetap tabah kerana dgn itu sajalah peluang mereka utk memiliki tanah sendiri tercapai..kini sudah 6 tahun mereka tinggal di Tanah felda ini..keluarga mereka juga sudah bertambah ..Pak Mat telah dikurniakan 2 lagi cahaya mata perempuan di bumi felda yang permai ini. Walaupun hidup susah tapi mereka tetap gembira..oleh kerana Pak Mat nie mempunyai ilmu agama yg agak tinggi maka penduduk disitu telah melantik beliau sebagi Imam bagi surau yg baru didirikan disitu yg terletak betul2 disebelah rumahnye....
Namun kebahagian keluarga nie hanya seketika, satu tragedi sedih telah menimpa keluarga ni..kejadian berlaku pada suatu pagi semasa Pak Mat bersama-sama anak lelaki tunggalnya (berumur lebih kurang 12 tahun waktu itu) bekerja di ladang kelapa sawit..dimana anak lelakinya telah di patuk ular semasa cuba mengangkat pelepah dahan sawit.
Kedudukkan Pak Mat yg agak jauh dgn anaknya menyebabkan dia tidak dengar jeritan meminta tolong dari anaknya..anaknya rebah semasa menuju ke arah ayahnya utk meminta bantuan...Pak Mat yg tekun bekerja di ladang menyebabkan dia lupa seketika dimana anaknya berada..
Bila ia sedar dia cuba mencari anak kesayangannya tapi yg hanya dijumpai sekujur tubuh yg sudah biru terbaring di pangkal pokok kelapa sawit..
Pak Mat cuba meberikan pertolongan cemas pd anaknya...tapi sayang semuanya sudah terlambat anaknya sudah tiada...Pak Mat meraung kesedihan, apa yg perlu diterangkan pada isterinya nanti...
kini Pak Mat kehilangan anak yg diharapkan dapat membantu kerja-kerja di kebun, anak yg didoakan setiap hari yg akan dapat membela keluarganya bila dia sudah tiada lagi..Pak Mat redha dgn ketentuan dari yg Maha Esa. hanya penyesalan mengelubungi hatinya..kenapa mesti dia membiarkan anaknya berada jauh di kebun... Walaupun dia menangis dgn air mata darah sekalipun anaknya takkan kembali...
Belumpun reda kesedihan kehilangan anak yg dikasihi, Allah sekali lagi mengujinya..isteri yg selama nie menjadi tulang belakang kpd kehidupan keluarganya mengalami kemalangan semasa menuju ke ladang kelapa sawit..beliau terjatuh dari lori yg sedang bergerak laju (biasanya peneroka Felda dulu-dulu menaiki lori utk menuju ke ladang masing-masing)..ekoran dari kemalangan ini isteri Pak Mat telah disahkan lumpuh dari paras pinggang kebawah kerana mengalami kecederaan tulang belakang yg serius..
Kini dia memikul dua tugas..sebelum nie beliaulah ketua keluarga yg mencari rezeki utk anak-anak..kini beliau juga perlu menguruskan hal-hal rumah tangga..walaupun beban yg dipikulnya semakin berat.. dia tetap redha atas semuanya..tidak pernah dia kecewa atas dua tragedi sedih yg menimpa keluarganya, baginya ini semua kehendak Allah.
kini sudah 13 tahun masa berlalu, Pak Mat sudah menerima kenyataan atas kehilangan anak lelaki tunggalnya dan kemalangan yg menimpa isterinya..beban yg dipikulnya dlm menguruskan hal rumahtangga semakin berkurangan, dua anak gadisnya sudah boleh diharap utk menguruskannya.
Isterinya walaupun lumpuh tetap membantu hal-hal rumahtangga...Pak Mat tetap menyayangi isterinya, walaupun isterinya mendesak supaya dia berkahwin lagi tetapi cintanya terhadap isterinya tetap menebal walau apa pun yg terjadi dia tidak akan berkongsi kasih dgn org lain, saya nak tanye..ada ke lelaki seperti nie pada masa nie??. Walaupun Pak Mat suami Isteri..hanya bersekolah setakat sekolah melayu tetapi beliau telah dikurniakan 2 org anak perempuan yg sgt pintar..anak perempuan pertama (sama baya dgn saya) telah mendapat keputusan paling cemerlang dlm peperiksaan SPM dan telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di U.K dlm bidang kedoktoran melalui tajaan JPA manakala anak keduanya juga mendapat keputusan cemerlang dlm Penilaian darjah lima telah ditawarkan tempat di sekolah asrama penuh. Jerit perit Pak Mat membesarkan mereka kini sudah berbaloi, tidak ada apa yg dipinta oleh Pak Mat selain mendoakan kedua anak kesayangannya ini dpt membantu beliau suami isteri jika dia sudah tidak larat bekerja.
Penduduk di sekitar kawasan ini juga tumpang gembira atas kejayaan anak Pak Mat kerana menjadi anak peneroka pertama di kawasan ini dapat melanjutan pelajaran ke luar negeri.Siapa yg tak gembira anak yang dididik hingga besar kini akan bakal bergelar seorg doktor..walaupun terpaksa berpisah dgn dua-dua anaknya tapi Pak Mat rasa bangga dgn kejayaan anak-anaknya.
2 bulan sebelum anaknya perempuannya berangkat ke UK, Pak Mat telah mengada kenduri doa kesyukuran buat anaknya itu. Petang sebelum kenduri itu diadakan anak perempuan sulongnya mengadu sakit kepala, tapi Pak Mat tak ambil pusing hal tu, mungkin krn terlalu penat agaknya, bila makan ubat baiklah agaknya..fikirnya..Tapi....lain pula yg terjadi anak perempuannya itu rebah semasa membawa dulang makanan ke ruang tamu..sambil memegang kepala, meronta kesakitan yg amat sgt di bahagian kepalanya...mlm itu juga Pak Mat menghantar anaknya ke sebuah Hospital di Kota Tinggi atas bantuan dari pengawai Felda di kawasan situ...dari Kota Tinggi anaknya terus dikejarkan ke HSA (Hospital Sultanah Aminah) JB..selama seminggu anaknya ditahan di sana tapi doktor belum menbuat kepastian mengenai penyakit anaknya itu..keadaan itu meresahkan Pak Mat kerana tinggal kurang dari dua bulan lagi anaknya akan berangkat ke UK.
Setelah satu bulan barulah doktor dapat mengesahkan dgn tepat penyakit anaknya itu..berita yg diterimanya bagaikan satu beban yg berat menimpa kepalanya..Doktor mengesahkan anaknya menghadapi penyakit barah otak pada tahap yg kritikal dan tiada apa-apa yg dapat dilakukan oleh doktor lagi dan doktor meramalkan anak perempuannya hanya mampu bertahan lebih kurang dari 6 bulan.
Pak Mat hanya tunduk layu bila mendengar penjelasan doktor tadi..ia bagaikan meragut segala kebahagian yg ada padanya..bagaikan baru semalam dia menerima khabar gembira dari anaknya yg dia terpilih ke UK utk mengambil jurusan Kedoktoran yg menjadi idaman dan cita-cita anaknya semasa kecil..kini semuanya seperti sudah berakhir..walaupun begitu Pak Mat tetap berusaha utk mengubati anaknya melalui cara tradisional di samping terus berdoa pd Allah supaya menyembuhkan penyakit anaknya dan dia terus berpegang pada prinsip hidup dan mati seseorang bukan ditentukan oleh doktor itu semua diatas kekuasaan Allah..
Namun kuasa Allah tidak dapat dihalang oleh kita insan yg lemah ini...akhirnya anak perempuan kesayangannya itu menghembusan nasaf yg terakhir dipangkuannya dikelilingi isteri dan adiknya pada malam yg sunyi itu. Paling menghibakan tarikh kematian allahyarham adalah selang sehari dari tarikh sepatutnya dia terbang ke London utk melanjutkan pelajaran, awal 4 bulan dari jangkaan doktor tempoh anaknya boleh bertahan dari penyakitnya..Siapa yg tidak sedih tarikh sepatutnya dia sekeluarga menghantar anaknya ke airport sambil menangis kegembiraan, memeluk dan mencium mesra anaknya sebelum berangkat di rantau org..kini dia hanya mampu mencium sekujur tubuh yang kaku sebelum mengiringi jenazah ke persemadian terakhirnya..............
Pak Mat tabah menghadapi ujian Allah baginya yg hidup perlu terus berjuang. Namun tidak bagi isterinya..kehilangan seorang anak yg begitu manja pada ibunya, yang setiap hari memandi dan menghiaskan ibunya..seperti tidak dapat diterima oleh isterinya.. Sememang anak perempuan sulongnya begitu rapat dgn isterinya, Ibu mana yg tak sayang anaknya setiap hari hanya gambar, baju dan beg besar yg sepatutnya dibawa oleh anaknya ke UK menjadi tatapan isterinya sambil mengalir air mata.
Isterinya seperti orang yang sudah hilang akal, berbual seorang diri, enggan makan minum setiap hari hanya menatap gambar anak kesayanganya itu..Sudah puas Pak Mat menasihati, memujuk isterinya tapi tak berkesan, kerana terlalu mengikutkan perasaannya akhirnya isteri Pak Mat jatuh sakit, kerana enggan makan dan minum tubuhnya susut dengan mendadak, sudah banyak wang ringgit digunakan utk mengubati penyakit isterinya dah banyak juga bomoh yang cuba mengubati penyakit isterinya tapi semua hampa...ada juga jiran-jiran yang mensyorkan pada dia supaya mendapatkan rawatan di Hospital Permai tapi dia enggan menghantarnya kerana baginya isteri bukan gila...akibat menanggung rindu yang amat sangat ekoran kehilangan anak yang disayangi akhirnya isteri mengikuti langkah anak perempuannya..
Kematian isterinya mengitu menyayat hati kerana tiada siapa yg berada disisinya..meninggal dunia di atas kerusi roda sambil tangannya mengengam erat gambar anak perempuan sulongnya..Kematian isterinya selang 6 bulan setelah kehilangan anak perempuannya merupakan satu tamparan hebat buat Pak Mat, kini hanya tinggal anak perempuan keduanya saja tempat dia mencurahkan kasih sayang..setelah hidup bersama lebih 20 tahun suka duka ditempohi bersama akhirnya ikatan perkahwinan mereka terlerai juga........
Lima tahun sudah berlalu setelah kematian isteri dan anak perempuannya, sudah kering air matanya membasahi kelopak mata...walaupun ramai jiran taulan mendesaknya supya berkahwin lagi tapi Pak Mat tetap berpegang pada janjinya semasa mula bernikah dgn isterinya...Tidak akan ada orang kedua diantara mereka, biarlah mereka bercerai mati dan Pak Mat berjanji tidak akan berkahwin lagi jika isterinya meninggalkanya, Biarlah dia memduda sampai akhir hayatnya. Anak kedua yg menjadi harapannya kini hanya bekerja kilang sebagai Operator setelah gagal dlm peperiksaan SPM, mungkin kerana tertekan ekoran kematian dua insan yg dicintai menjadi penyebab kegagalannya. Lantaran kurang dari perhatian dari keluarga dan mungkin menghilangan kesedihan di hati anak perempuan keduanya yang dididik dengan pendidikan agama yang cukup bertukar menjadi liar, tudung yang sentiasa menghiasi kepalanya kini tiada, sudah pandai memakai pakaian yang terdedah, dia juga sudah semakin jarang balik kerumah, bila ditanya alasanya buat overtime.
Ada anak-anak jiran sebelah yang mengadu pada Pak Mat anaknya sekarang sudah menjadi 'Bohsia'...tapi apakan dayanya itulah satu-satunya permata yang tinggal..dia hanya mampu menasihati anaknya saja. Namun sabar seorang ayah pada anaknya ada batasannya, satu hari semasa dia mengemas bilik anaknya dia terjumpa sepeket kecil daun ganja di kocek seluar anaknya, apa lagi mengamuklah orang tua tu hingga dia tidak sedar telah menampar muka anaknya yang bersikap kurang ajar padanya...itulah buat pertama kali dlm hidupnya setelah bergelar ayah dia meletakkan tangan ke muka anaknya..selama ini dia mendidik dengan penuh kasih sayang..tapi akhirnya dia tidak dapat mengawal perasaanya..
Lantaran dari peristiwa ini anaknya telah lari dari rumah, kini sudah dua minggu anaknya tidak pulang kerumah sudah puas dia bertanya dgn kawan-kawan rapatnya semuanya tidak tahu dimana anaknya berada.
Pagi itu seperti biasa selepas bersarapan Pak Mat akan ke kedai untuk membeli surat akhbar..Alangkah terperanjatnya dia bila membaca satu berita yang agak ringkas di dada akbar hari itu "Seorang Wanita dijumpai mati dibelakang Bangunan.........." "Wanita itu di kenali sebagai.......bte muhamad beralamat No........Felda......Johor"
Seluruh anggotany a menjadi lemah bila membaca berita itu, dikuatkan semangatnya untuk mengulangi membaca berita tersebut. Memang tidak dapat diragukan lagi itu nama anak perempuannya dan itu juga alamat rumahnya, Pak mat seperti hilang arah, tak sampai satu jam rumah Pak Mat menjadi riuh, semuanya mahukan kepastian mengenai perkara tersebut. Atas bantuan seorang jiran mereka telah menelefon Balai Polis di JB..untuk pengesahan dan Pak Mat diminta pergi ke Rumah mayat untuk pengecaman mayat.
Bila melihat saja mayat itu Pak Mat tak dapat menahan perasaannya terus memeluk, mencium tubuh anaknya yang sudah kaku dan sejuK tu..tak dapat digambarkan perasaannya pada masa itu, hanya air matanya saja yang bercucuran.
Menurut laporan polis anak Pak Mat ini telah di Rogol lebih dari seorang sebelum di bunuh menggunakan pisau (kerana terdapat sepuluh tikaman di dadanya) sebelum dicampakkan di belakang bangunan tersebut.Hari itu gempar satu kawasan Felda..anak Pak Mat mati dibunuh orang.
Semua orang bercerita kisah yang sama.Sehingga sekarang orang yang membunuh anaknya masih belum diketahui,kisah disebalik tragedi ini masih lagi menjadi misteri.
12/02/2003 sudah hampir sepuluh tahun peristiwa pembunuhan anak perempuan keduanya berlaku dan sudah hampir sepuluh tahun jugalah Pak Mat tinggal seorang diri dirumah tiga bilik yang dibinanya sendiri hasil titik peluhnya sendiri.Semuanya kini dilakukan bersendirian. Kesepian, kepiluan hatinya hanya tuhan saja yg tahun walaupun sering kali dia cuba menyembunyikan melalui gurau sendanya dalam perbualannya tapi itu hanya untuk menutup kerinduan pada keluarganya yang telah tiada.
Walaupun keseorangan tanggungjawabnya sebagai Imam dan guru al quran di surau tempat saya tidak pernah diabaikan dia tetap menunaikan kewajipan mengetuai sembahyang berjemaah di surau itu dan mengajar anak-anak ilmu al quran..baru pagi tadi Pak Mat mengimamkan sembahyang sunat Aidiladha dan membaca kthubah hari raya qurban, jika insan lain bergembira menyambut kepulangan anak dan cucu di hari mulia ini Pak Mat hanya keseorangan. Namun kami penduduk disekitar sini tidak pernah mengabaikan kebajikan Pak Mat, ada saja sumbangan berupa juadah makanan, pakaian daripada jiran tetangga, walaupun Pak Mat mengatakan dia tidak akan menerima sumbangan berupa wang ringgit dari mana-mana pihak kerana baginya dia bukan peminta sedekah..duit hasil kebunnya sudah cukup utk menyaranya seorang diri. Dalam usia yg semakin senja begini sepatutnya inilah masanya untuk kita bermain dengan cucu yang semakin meningkat naik tapi bagi Pak Mat itu sekadar impian yang tidak pernah kesampaian.
Setiap petang selepas solat asar dan setelah habis mengajar al-quran kebiasaannya Pak Mat akan duduk bersandar di 'Beranda' rumahnya sambil memerhatikan kanak-kanak bermain riang, mungkin dalam hatinya berkata jika anak-anakku masih hidup tentu aku sudah bergelar datuk sekarang. Pak Mat akan terus duduk disitu setiap petang hinggalah akhir hayatnya nanti..yang mungkin ditinggalkannya hanyalah sebuah rumah papan dan 10 ekar kebun kelapa sawait yang akan diwakafkan kepada anak-anak yatim menurut ceritanya pada saya dan jasanya sebagi seorang imam dan sebagai guru al-quran kepada anak-anak peneroka disitu tetap akan diingati.....
Itu sajalah yg dapat saya sampaikan, mungkin cerita saya nie panjang lebar tapi terpulang pada semua pembaca menilainya.Tujuan saya bukan utk mendapatkan simpati atas cerita ini tapi utk dijadikan sebagai pedoman kepada kita yang akan atau sudah bergelar ayah dan ibu supaya beringat selalu kerana bila sudah tua nanti mungkin kita juga mengalami nasib seperti Pak Mat...jadi bersedialah.
Fikir-fikirkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment