Me & My WiFe!!

Me & My WiFe!!

Thursday, February 3, 2011

KISAH SABUN..



KETIKA di Mina untuk melontar jamrah, saya tertinggal sebuku sabun yang dibalut dengan sehelai plastik merah di dalam bilik mandi. Saya menyesal kerana sabun itu baru sekali dipakai.
Sepanjang perjalanan dari Mina ke hotel di Makkah, saya asyik teringatkan sabun itu. Setiba di Makkah, saya bersiap-siap untuk mandi dan membawa sebuku sabun baru.

Ketika masuk ke bilik air, saya hampir pengsan kerana di depan saya ada sabun dalam plastik merah. Saya amati sabun itu dan saya kenal, itulah sabun yang saya gunakan sewaktu di Mina.

Saya bertanya kepada teman-teman sebilik sama ada mereka membawa balik sabun tersebut. Tetapi, mereka semua menafikan perkara itu. Lalu saya fikir kembali, kalau bukan mereka yang membawa balik sabun saya itu dari Mina ke Makkah, mustahil mereka yang meletakkan sabun itu dalam bilik air kami. Ini kerana sayalah orang pertama yang masuk ke dalam bilik air hotel itu sebaik-baik kami tiba dari Mina.

Saya beristighfar dan bersyukur berkali-kali. Hebat sungguh kuasa-Mu, Ya Allah. -- 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...